BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

Apa Kaitan 1MDB, Najib Dan Jho Low? Ini Jawapan CEO 1MDB, Arul Kanda

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan hubungan antara syarikat pelaburan negara dengan tycoon perniagaan kontroversi Jho Low.

Menerusi temubual bersama majalah Indonesia Tempo, Arul Kanda menyatakan bahawa Low meruapakan bekas penasihat kepada Terengganu Investment Authority yang kemudiannya ditukarkan namanya kepada 1MDB, dan telah meninggalkan syarikat pada Mei 2009 selepas memegang jawatan selama sebulan.

Berbanding dakwan bahawa Low terus mempunyai hubungan dengan 1MDB, Arul Janda berkata, ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu bertindak sebagai wakil PetroSaudi International semasa mesyuarat pada September 2009, apabila kedua-dua syarikat berbincang rangka perjanjian usahasama.

"Jho Low rapat dengan perniagaan di Arab Saudi, Qatar, Abu Dhabi, Dubai dan Kuwait. Itu adalah kepakarannya.

"Jadi beliau bertindak bagi pihak mereka dan bukannya kita. Ini adalah penting kerana pembangkang sering mengaitkan Jho Low dengan 1MDB," kata Arul Kanda dipetik Tempo.

Menjawab persoalan samaada beliau berpandangan Jho Low sebagai "broker" kepada perjanjian 1MDB-PetroSaudi, beliau berkata: "Ya, beliau adalah broker.

"Beliau kenal Putera Turki bin Abdullah, pengasas PetroSaudi. Putera Turki merupakan anak kepada bekas Raja Saudi, Abdullah bin Abdulaziz."

Semasa Jho Low melobi perjanjian, Arul Kanda berkata tycoon tersebut sudahpun mengenai bekas CEO 1MDB Shahrul Azral Ibrahim Halmi, semasa berkhidmat didalam TIA.

"Jadi itulah hubungannya (antara Jho Low dengan 1MDB)," tambahnya.

Hasil daripada perjanjian usahasama tersebut, Arul Kanda memberitahu Tempo bahawa 1MDB telah melabur US$1.83 bilion kepada PetroSaudi antara 2009 hingga 2011.

Beliau juga menegaskan bahawa 1MDB telah mendapat keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat didalam saman difailkan pada Jun tahun lalu menggariskan tiga fasa dana 1MDB didakwa telah digelapkan - salah satunya adalah menerusi perjanjian disebutkan Arul Kanda.

DOJ mendapati bahawa perjanjian tersebut sebagai "fasa Good Star", dimana 1MDB telah melaburkan US$1.83 bilion dan US$1.03 bilion wang tersebut didakwa digelapkan syarikat Jho Low, Good Star Ltd.

1MDB kemudiannya menyatakan bahawa syarikat telah menjual pelaburannya dan menerima kembali saham bernilai US$2.318, termasuk untuk US$488 juta hasil pelaburan awal.

'Jho Low tiada kaitan dengan Najib'

Didalam temubual berkenaan, Arul Kanda menyatakan bahawa Low tidak mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tetapi beliau rapat dengan 1MDB," kata Arul Kanda sambil menambah bahawa mereka juga tidak lihat mana-mana hubungan antara Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

"Saya tidak tahu. Jho Low tidak pernah beritahu saya, Najib juga tak pernah beritahu saya."

Skandal 1MDB menjadi tajuk utama di Indonesia pada bulan lepas selepas sebuah kapal mewah Equaminity dikaitkan dengan Low dirampas di Telok Benoa, Bali, sebagai sebahagian daripada saman pelucutan hak aset oleh DOJ.

Ditanya samaada dakwaan DOJ bahwa kapal mewah itu dibeli menggunakan dana diseleweng dari 1MDB, Arul Kanda menjelaskan kedudukan syarikat yang telah melunaskan bayaran kepada Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company (IPIC) sebanyak US$3.5 billion menerusi syarikat bersekutu Aabar Investments PJS Ltd, Aabar British Virgin Islands (Aabar BVI).

"Kita tidak tahu apa Aabar BVI lakukan dengan wang tersebut. Dan kami tidak mahu tahu.

"Samaada ianya kapal mewah, lukisan, filem 'Wolf of Wall Street', ianya tiada kaitan dengan kami. Ini adalah kedudukan kami dibawah undang-undang," tegas Arul Kanda.

IPIC mendakwa bahawa anak syarikatnya, Aabar Investments PJS, yang beribu pejabat di Abu Dhabi tiada kaitan dengan Aabar BVI.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada bulan lalu berkata siasatan terhadap 1MDB mendapati bahawa tiada kaitan antara Low dengan syarikat pelaburan negara itu.

Beliau turut berkata bahawa siasatan polis terhadap 1MDB dibuat berdasarkan dapatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.

Peguam Negara Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan nama Najib daripada mana-mana salahlaku melibatkan 1MDB.

Najib turut menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dengan mana-mana urusan 1MDB seperti didedahkan laporan PAC.
 
Copyright © 2014 PenangKini.