BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

Cabar Tun M Tunjuk Bukti Kedah Jual Tiga Pulau Kepada China

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad supaya mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan negeri menjual tiga pulau kepa-da China.

Menurut Ahmad Bashah, pihaknya tidak boleh menerima tuduhan tidak berasas yang dibuat Pengerusi PPBM kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat bagi membolehkan Pakatan Harapan diketuai DAP menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya pun nak bukti (kerajaan negeri jual tiga pulau kepada China). Saya tidak kiralah Tun (Dr. Mahathir) sendiri bu-at tuduhan kerajaan negeri sudah jual tiga pulau kepada orang China. Pulau mana? Setahu saya, semasa jadi Men-teri Besar ini tiada satu pulau pun kita jual kepada orang China.

“Di Langkawi memang ada 99 pulau tapi tiada satu pulau pun kita jual kepada orang China. Jadi minta Tun buktikan mana pulau yang kita dah jual.

“Jangan sewenang-wenangnya buat tuduhan apabila sudah jadi pembangkang, tuduhan pelbagai kepada kerajaan BN yang dia sendiri pun 22 tahun jadi Perdana Menteri di bawah kerajaan BN,” katanya merasmikan Jelajah Muafakat Kedah dan Jamuan Rakyat di Taman Kota Nelayan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan Dr. Mahathir bahawa kerajaan negeri menjual tiga pulau kepada China ketika berucap dalam Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Guar Chempedak, Khamis lalu.

Ahmad Bashah memberitahu, kerajaan negeri hanya mengamalkan dasar memberi pajakan tanah jangka panjang kepada mana-mana pihak yang berminat membuat pelaburan di negeri ini.

“Jadi kalau ada kawasan-kawasan yang nak dibangunkan maka kita akan beri pajakan seperti syarikat-syarikat lain di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) kerana dia melabur banyak, mereka nak (tempoh) pajakan panjang misal-nya 66 tahun dengan tambahan 33 tahun,” ujarnya.

- Utusan Online
 
Copyright © 2014 PenangKini.