PULAU PINANG 14 April – DAP mengakui menggunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) setelah gagal berbuat demikian pada 2008 dan 2013.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, peranan Dr. Mahathir diperlukan untuk mengukuhkan gabungan pembangkang PKR yang turut disertai PAN.
“Kita buat keputusan sukar, seperti terpaksa memilih satu logo dalam PRU14, itu bukan keputusan mudah. Kita juga kena pilih seorang calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
“Sebab itu kita pilih Dr. Mahathir dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana hanya kekuatan mereka sahaja, kita boleh lawan BN.”
Beliau berkata demikian dalam ceramah anjuran DAP di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini malam tadi.
“Di negeri ini kita tidak ada masalah untuk menang, tapi kemenangan di sini tidak cukup kerana kita mesti menang Putrajaya,” tambahnya.
Sementara itu, pentas ceramah berkenaan juga menjadi medan DAP menunjukkan rasa kurang senang terhadap peruntukan projek Kementerian Kesihatan untuk negeri ini bernilai RM1.63 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Guan Eng sebagai contoh memutar belit beberapa fakta berhubung bantuan kerajaan Pusat kepada penduduk negeri ini apabila menuduh Barisan Nasional (BN) mengugut rakyat.
“Jika tidak sokong BN, rakyat negeri ini tidak akan menerima sebarang bantuan Kerajaan Persekutuan, demokrasi jenis apa yang mereka guna apabila ugut rakyat,” katanya.
Kenyataan Guan Eng itu bercanggah apabila Najib semalam mengumumkan peruntukan bagi projek kesihatan malah sebahagian daripadanya telah dilaksanakan termasuk pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya yang menelan kos RM486.2 juta dan dijangka siap tahun depan.UTUSAN
PRU14: DAP boleh – Kena dakwa kes rasuah masih boleh bertanding
-
Dalam pilihan raya yang akan datang ribuan calon akan bertanding untuk 222
kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri. Dari ribuan calon dari
berpuluh-puluh par...