BREAKING NEWS

Monday, 9 April 2018

DAP GADAI LOGO ROKET KERANA BIMBANG KES RASUAH




KUALA LUMPUR 8 April – DAP terbukti telah menggadaikan logo roket mereka kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, logo tersebut juga secara jelas sudah tercemar, rosak dan kotor berikutan skandal-skandal melibatkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

“DAP telah menggadaikan logo roket mereka sendiri kepada Dr. Mahathir dan memberi kuasa kepada Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu untuk menentukan bagaimana DAP menjalankan kempen pilihan rayanya.

“Kerana Dr. Mahathir, DAP tidak boleh menggunakan logo mereka sendiri dan ini telah mengecewakan ramai ahli serta penyokong DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cheng Guan berkata, Dr. Mahathir dilihat individu yang menentukan penggunaan logo dalam pakatan tersebut kerana pernah menyatakan bahawa parti-parti dalam gabungan itu akan menggunakan hanya satu logo pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, katanya, ekoran pelbagai skandal dalam DAP seperti ‘ibu segala skandal’ di Pulau Pinang melibatkan kes Guan Eng didakwa di mahkamah, skandal bernilai berbilion melibatkan terowong serta banjir dan tanah runtuh, logo roket DAP kini telah tercemar di mata pengundi.

“Rakyat tidak lagi mempercayai logo roket dan kerana itu, jika DAP bertanding menggunakan logo tersebut pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan kalah teruk,” katanya. - UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.