BREAKING NEWS

Monday, 23 April 2018

DAP TUNJUK BELANG UMUM CALON MENTERI KABINET



KUALA LUMPUR, 22 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP sudah menunjukkan belangnya dengan mengumumkan dua anggota parti itu sebagai calon menteri kabinet.

Najib menerusi laman Twitter hari ini mempersoalkan pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukanlah calon perdana menteri dipilih Pakatan Harapan (PH).

Calon perdana menteri PH adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kuasa mutlak bagi menentukan calon menteri kabinet terletak pada perdana menteri, kata Najib.

“Jelas parti mana yang sebenarnya pegang kuasa dalam Pakatan Harapan, yang lain tu pak turut saja,” katanya.

Baru-baru ini, Lim mengumumkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebagai calon menteri Kabinet  jika masing-masing menang kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak dan  kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor.
 
Copyright © 2014 PenangKini.