BREAKING NEWS

Thursday, 19 April 2018

DAP Tunjuk Siapa Yang Berkuasa




Pengumuman secara unilateral oleh DAP berhubung pelantikan dua pemimpin mereka, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong sebagai menteri Kabinet jika gabungan pembangkang PKR menang memperlihatkan belang DAP semakin terserlah sebagai ketua sebenar gabungan itu.
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu bukan sahaja luar biasa malah dipersoalkan ramai kerana melibatkan kuasa budi bicara bakal Perdana Menteri dan ini memberi bayangan parti dominasi kaum Cina itu mempunyai kuasa penuh dalam melantik bakal anggota Kabinet.
Apa yang dilakukan Guan Eng adalah bertentangan dengan semangat konsensus antara parti dalam gabungan pembangkang PKR dan ia menunjukkan hanya DAP mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju gabungan tersebut.
Guan Eng juga mendahului pemimpin lain dalam gabungan pembangkang PKR untuk membuat keputusan sekaligus menunjukkan betapa kecilnya peranan PKR, PAN dan PPBM yang berjaya ditundukkan DAP ketika ini.

FB Tok Anjang
 
Copyright © 2014 PenangKini.