BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

Geram sistem tergendala, lelaki tumbuk skrin ATM hingga pecah

Berang sistem mesin juruwang automatik (ATM) tergendala, seorang lelaki bertindak menumbuk skrin mesin itu hingga pecah.

Insiden itu disedari anggota polis yang melakukan rondaan di bank berkenaan yang terletak di Jalan Air Itam, di sini, pada jam 1.35 pagi Sabtu.

Pemeriksaan anggota polis mendapati skrin mesin ATM berkenaan pecah dan ada tompokan darah di lantai bank.
Polis menjalankan siasatan dan berjaya mengesan suspek yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana cedera di tangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata lelaki berusia 36 tahun itu bertindak menumbuk skrin mesin hingga pecah akibat geram dengan sistem ATM berkenaan yang lambat ketika dia membuat semakan baki akaun.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod kesalahan berhubung kes dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.