BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

Intipati Amanat PM pada MAPPA Kali ke-16

Khabar gembira Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.

Beliau berkata ini bermakna penjawat awam mendapat satu lagi kenaikan gaji tahunan disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemendekan tempoh ‘time-based’ kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018, mewujudkan lapisan Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019) dan pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).

Selain itu, dana tahunan kepada Cuepacs adalah sebanyak RM3 juta setahun disamping kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan islam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).

Seterusnya, beliau turut mengumumkan 1% Kenaikan kadar pencen tahunan secara ‘one off’ untuk tahun 2018 sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018, pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018 dan menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.

Intipati Amanat PM pada MAPPA Kali ke-16


1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji dan pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing-masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah perasaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one-off.

7. Aktiviti-aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara-pesara kerajaan akan ditentukan tambahan kuota haji bergantung kepada peruntukan kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Kesetiaan penjawat kepada kerajaan. Nak balik tangan kosong? Jangan harap. Maka dengan ini, pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.
 
Copyright © 2014 PenangKini.