BREAKING NEWS

Monday, 30 April 2018

Isu terowong, Guan Eng sila jadi anak jantan!



BUTTERWORTH 30 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diingatkan supaya menjadi anak jantan dan tidak berterusan ‘melarikan diri’ daripada menjelaskan berhubung skandal projek terowong dasar laut.

Calon Parti Cinta Malaysia (PCM) kerusi Parlimen Bagan, Datuk Huan Cheng Guan berkata, sehingga kini, Guan Eng yang juga calon PKR kerusi itu gagal menjawab beberapa keraguan di sebalik isu terbabit.

Antaranya, kata Cheng Guan yang juga Timbalan Pengerusi PCM, berkenaan hubungannya dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menutup siasatan projek tersebut.

“Sehingga kini Guan Eng masih belum menjawab sejauh mana status hubungan beliau dengan Datuk Seri sedangkan gambar mesra mereka berdua dirakam sangat jelas di sebuah kediaman dan di dalam kereta.

“Adakah beliau berasakan penduduk boleh menerima begitu sahaha jawapan kononnya tidak ada apa-apa hubungan antara mereka?” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.