BREAKING NEWS

Sunday, 1 April 2018

Kempen tolak GST bosan

KUALA LUMPUR 1 April- Kempen tolak cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diketuai Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bukan sahaja gagal mendapat sambutan daripada rakyat malah sangat membosankan.

Menggunakan slogan ‘Tolak-tolak, tolak GST’, penyokong kempen tersebut bersorak dengan penuh semangat di hadapan pusat beli-belah Sogo, tetapi hakikatnya bilangan mereka boleh dikira dengan jari, pengunjung cuma mahu menikmati lagu yang dimainkan oleh penyanyi busker.


Lebih menghairankan, semasa salah seorang penyokong bersorak ‘apa yang kita mahu’, semua tiba-tiba senyap seperti tidak tahu-menahu apa yang diperjuangkan.

Kali kedua mereka bersorak ‘siapa Perdana Menteri kita, dua orang sahaja yang menjawab Tun Dr. Mahathir Mohamad, jelas menunjukkan ramai yang tidak menyokong pelantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman semata-mata untuk menunjukkan resit barang mengandungi GST, cuba meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan akan menghapuskan GST dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau cukup yakin negara tidak akan bankrap apabila GST dihapuskan di bawah pimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP meskipun SST sudah dibuktikan lebih membebankan dan mempunyai kelemahan yang ketara berbanding GST.

“Mana ada bankrap, kita bukan bodoh, kita sudah buat perkiraan sendiri melalui sebuah pasukan yang pakar dalam menganalisis kewangan negara.

“Kalau tidak ada GST, ada langkah menyeluruh akan diambil untuk menggantikannya dalam bentuk cukai SST yang kita perbaiki dan sudah pasti tidak akan membebankan seperti pelaksanaan GST masa kini oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya. - UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.