BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

Kontraktor TM maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk



PULAU PINANG 4 April – Seorang pekerja kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk ketika sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Burma, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, Omar Osman, 40, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel bawah tanah di tengah jalan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, sebuah kenderaan jenis Lexus yang dipandu lelaki berusia 40 tahun dipercayai mabuk secara tiba-tiba merempuh kon dan papan besi pembinaan penyelenggaraan sebelum melanggar mangsa.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas kecederaan parah di bahagian kepala dan kita juga berjaya menahan pemandu berkenaan yang dijangka direman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Copyright © 2014 PenangKini.