BREAKING NEWS

Thursday, 5 April 2018

Lagi projek lereng bukit di Pulau Pinang cetus kebimbangan penduduk

Lagi projek lereng bukit di P. Pinang cetus kebimbangan penduduk
Projek kondominium membabitkan tiga buah bangunan di kawasan seluas hanya kira-kira empat hektar di Jalan Sungai Ara 1, Bayan Baru.
PULAU PINANG – Seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa Oktober tahun lalu, projek-projek berisiko di lereng bukit terus diluluskan di negeri ini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Terbaharu adalah projek kondominium membabitkan tiga buah bangunan di kawasan seluas hanya kira-kira empat hektar di Jalan Sungai Ara 1, Bayan Baru di sini.
Projek membabitkan dua buah bangunan setinggi 43 tingkat dan sebuah bangunan setinggi 47 tingkat itu bakal menempatkan sebanyak 1,240 unit rumah apabila siap kelak.
Apa yang membimbangkan penduduk adalah kedudukan projek itu yang didakwa di kawasan berisiko cerun bukit sekali gus mendedahkan kepada sebarang kemungkinan ancaman keselamatan.
Lagi projek lereng bukit di P. Pinang cetus kebimbangan penduduk
Kedudukan projek itu yang didakwa di kawasan berisiko cerun bukit sekali gus mendedahkan kepada sebarang kemungkinan ancaman keselamatan.
Timbalan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat yang berasa bimbang dengan projek itu sekali gus mendesak supaya dibatalkan.
Katanya, selain berisiko kerana dirancang di kawasan lereng bukit, projek itu juga membabitkan kepadatan unit rumah yang tinggi sekali gus bakal menyebabkan kesesakan teruka di kawasan tersebut pada masa depan.
“Selain itu, penduduk juga bimbang pembangunan di kawasan lereng bukit itu akan menyebabkan pencemaran alam sekitar yang menjejaskan kesihatan mereka selain risiko bencana banjir berlumpur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lagi projek lereng bukit di P. Pinang cetus kebimbangan penduduk
Dalam pada itu, Tong Keong turut mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang mendedahkan harga sebenar setiap unit rumah di projek kondominium terbaharu itu sama ada masih dalam lingkungan mampu milik penduduk negeri ini atau sebaliknya.
“Jika setiap unit dijual pada harga RM350,000 hingga RM400,000 atau lebih, adakah dianggap sebagai rumah mampu milik?
“Di negeri ini, sebanyak 70 peratus penduduknya berpendapatan kurang RM5,000 dan dalam keadaan ini, bagaimana mereka mampu membeli rumah mampu milik berharga RM400,000?” katanya.
Lagi projek lereng bukit di P. Pinang cetus kebimbangan penduduk
Sementara itu, Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee turut mempersoalkan sama ada projek tersebut mematuhi Garis Panduan Pembangunan Tapak Bukit 2012 seperti ditetapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Jelas beliau, pihaknya difahamkan pemaju projek terbabit telah melakukan penarahan lereng bukit sehingga melebihi 15 darjah berbanding yang sepatutnya.
“Selain itu, maklumat mengenai geoteknikal projek ini termasuk kecerunannya juga tidak dipaparkan pada papan maklumat di tapak projek menyebabkan kita tertanya-tanya adakah projek ini memenuhi syarat atau sebaliknya,” katanya. – theRakyat
 
Copyright © 2014 PenangKini.