BREAKING NEWS

Thursday, 19 April 2018

Mengapa GST Diperlukan di Malaysia


Antara bahan propaganda  pembangkang ketika ini ialah memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Mereka kini menjaja cerita-cerita sebegini kerana ianya berkait rapat dengan poket rakyat dan ianya dilihat enak untuk didengar dan tuduhan itu mudah diterima oleh kebanyakan dari mereka.
Adakah anda percaya pembangkang akan memansuhkannya? Mereka sebenarnya sengaja mereka cerita untuk memburukkan sistem percukaian negara.
Melalui pelaksanaan GST, kerajaan telah memungut pendapatan sebanyak RM42 bilion. Ia merupakan jumlah yang cukup besar untuk pembangunan negara. Walaupun Pakatan Harapan (PH) mahu memansuhkan GST tapi mereka tidak pula memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai pemansuhan itu.
Sedangkan dalam manisfesto PH, mereka janjikan macam-macam projek yang memerlukan modal besar, dari mana mereka mahu mendapatkan modal itu jika GST, yang dipakai di lebih 160 negara, dimansuhkan?
berikut adalah infografik mengapa GST diperlukan di Negara kita.

 
Copyright © 2014 PenangKini.