BREAKING NEWS

Wednesday, 18 April 2018

Polis Bantuan tekad terjun Jambatan Pulau Pinang selamatkan wanita cuba bunuh diri



Seorang wanita yang terjun dari jambatan ke-2 Pulau Pinang pagi tadi diselamatkan oleh seorang polis bantuan yang terjun untuk menyelamatkannya, dan mereka kemudian diselamatkan oleh beberapa nelayan yang melalui kawasan kejadian.

Dalam kejadian jam 11.13 pagi itu, wanita terbabit memberhentikan keretanya, Toyota Avanza di KM9.9 jambatan tersebut. Dia dilihat berdiri di belebas lalu terjun ke laut.

Seorang polis bantuan yang ditugaskan di jambatan itu kemudian terjun untuk menyelamatkan wanita itu. Menurut polis, lelaki dan wanita itu berada di dalam air selama 20 minit, sebelum beberapa nelayan tiba dengan bot.
Kejadian itu dirakamkan oleh salah seorang nelayan terlibat.
Wanita itu kemudian dibawa ke jeti berhampiran di mana dia diberi perhatian segera oleh pasukan paramedik bomba dan penyelamat.
Menurut pegawai Bomba Pulau Pinang, wanita itu dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.





 
Copyright © 2014 PenangKini.