BREAKING NEWS

Friday, 6 April 2018

PRU14 : BN Balik Pulau lancarkan manifesto khas



PULAU PINANG 6 April - Barisan Nasional (BN) Bahagian Balik Pulau akan melancarkan manifesto sendiri kepada pengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, manifesto berkenaan dijangka dibentangkan selepas manifesto BN Pusat dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara esok.

Katanya, pelancaran manifesto peringkat Parlimen itu penting bagi menunjukkan kesungguhan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya perancangan membantu lebih 100,000 penduduk di Balik Pulau.

“Perdana Menteri juga akan melawat Balik Pulau pada 12 April ini dan sempena kunjungan berkenaan, beliau dijangka membuat beberapa pengumuman tentang projek kesihatan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Invasif Kardiologi dan penyerahan mesin CT Scan di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.