BREAKING NEWS

Tuesday, 10 April 2018

#PRU14 SPR tetapkan Rabu 9 Mei hari mengundi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pada hari Rabu (9 Mei) sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April.

Bagi pengundian awal pula, tarikh 5 Mei dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU14 adalah 11 hari.

Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU13 adalah 15 hari manakalah PRU12 pula adalah 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh tersebut di Pejabat SPR di Putrajaya, Pengerusi SPR Tan Sri Hashim Abdullah menyatakan seramai 14, 636,716 pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada

Pilihan Raya Umum kali ini melibatkan 222 kerusi Parlimen serta 555 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU14 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 6 April lepas.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 132 kerusi, selebihnya DAP (36),PKR (28), Pas (13), Parti Amanah Negara (7), Parti Warisan Sabah (2), Parti Sosialis Malaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (1) serta dua wakil bebas.
#MalaysiaMemilih. Sidang Media KHAS SPR https://t.co/AkO79qiRqi

Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 10 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.

Hashim berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan pada 11 April dan notis pilihan raya pada

Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat pemilih biasa dan pengundi awal.

Hashim berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya manakala bagi PRU14 sejumlah RM500 juta diperuntukkan oleh SPR.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan pusat mengundi dengan tempat dan saluran mengundi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.