BREAKING NEWS

Sunday, 1 April 2018

Rayuan BR1M 2018 2 April - 31 Mei


Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018|ADAKAH anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2018? Adakah anda lulus atau gagal? Bilakah tarikh rayuan BR1M 2018 boleh dibuat? Berita baik buat pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M 2018 baru-baru ini. Untuk makluman anda, permohonan rayuan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 2 April 2018 hingga 31 Mei 2018 di semua cawangan LHDNM. Manakala, secara online boleh dibuat mulai 13 April 2018 bagi pemohon status tidak lulus sahaja.

Permohonan rayuan BRIM 2018 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuklah Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran dengan pemohon.

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan cara permohonan rayuan BR1M:

Tarikh Penting Permohonan Rayuan BR1M 2018

Berikut adalah tarikh penting permohonan rayuan BR1M 2018:

◾Tarikh Permohonan: 2 April 2018 - 31
     Mei 2018 (Manual), 13 April - 31 Mei 2018
     (Online)

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

1. Permohonan rayuan boleh dibuat dengan

    memuat turun Borang Rayuan BR1M
    BK-01 (1/2018) dalam bentuk PDF.

2. Pemohon perlu mengisi dan
    mengemukakan borang permohonan
    rayuan bersama dokumen berkaitan
    seperti penyata gaji dan salinan kad
    pengenalan pasangan atau tanggungan
    terkini.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi mereka yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

◾Sijil/ surat pengesahan cerai oleh Jabatan
    Agama Islam Negeri/ JPN/ JAKOA/ Tuai
    Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua Kaum/
    Ketua komuniti bagi pasangan (jika status
    perkahwinan ialah ibu/ bapa tunggal)
    atau bagi mereka yang di bawah
    tanggungan ibu/ bapa (jika status
    perkahwinan ialah bujang); ATAU
◾Sijil/ surat pengesahan kematian oleh
     JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua
     Peribumi @ Ketua kaum/ Ketua komuniti
     bagi pasangan (jika status perkahwinan
     ialah ibu/ bapa tunggal) atau bagi
     mereka yang di bawah tanggungan ibu/
     bapa (jika status perkahwinan ialah
     bujang); DAN
◾Sijil lahir tanggungan/ daftar anak
     angkat/ sijil lahir pemohon atau
     dokumen bukti pertalian hubungan jika
     ibu bapa tidak memohon; ATAU
◾Surat hak penjagaan tanggungan oleh
    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/
    Mahkamah/ Agensi yang dilantik oleh
    kerajaan (jika berkenaan).

Bagi yang ingin ketahui lebih lanjut tarikh dan jadual pembayaran BR1M 2018, anda boleh rujuk DISINI.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian Hotline BR1M MOF 03-8882 4565 / 03-8882 456 atau Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716
Emel: br1m@treasury.gov.my

Selamat membuat permohonan rayuan BR1M 2018! Semoga anda berjaya dalam rayuan BR1M!
 
Copyright © 2014 PenangKini.