BREAKING NEWS

Saturday, 14 April 2018

Rekod SSM lapor Dr M ada saham di pemilik The Loaf - Eric See-to



Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki saham di syarikat pemilik kedai roti The Loaf yang menghentikan operasi baru-baru ini, kata Barisan Nasional hari ini.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Eric See-To berkata pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak memberitahu perkara sebenar dan mendakwa bekas perdana menteri itu juga mempunyai jawatan di syarikat itu.

“Sekian lama, Dr Mahathir memberitahu The Loaf ialah syarikat beliau tetapi tiba-tiba bila syarikat itu gulung tikar, dia menafikan ada saham pula.

“Ini tidak benar. Rekod SSM menunjukkan Tun Mahathir memilik 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources yang merupakan pemilik The Loaf. Dr Mahathir juga merupakan pengarah syarikat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Eric berkata demikian selepas pengerusi PH semalam menafikan ada mempunyai saham dalam The Loaf, yang menghentikan operasi pada 12 April lepas selepas 12 tahun beroperasi.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata beliau hanya mempunyai 22 unit saham di satu syarikat tembakau dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang diberikan kepadanya semasa melancarkan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri.

Eric bagaimanapun berkata pengerusi PH itu sekali lagi tidak memberitahu perkara sebenar.

“Ini juga tidak benar. Dr Mahathir juga pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor – yang dua-duanya pembina kapal terbang.

“Dr Mahathir juga pemilik ketiga besar dalam hotel bertaraf 5 bintang Palace of Golden Horses dekat rumah beliau,” katanya.

Beliau turut melampirkan gambar-gambar dokumen untuk menyokong dakwaannya yang dipamerkan di Facebook.

kenyantaan Tun M dalam nukilan blog beliau





 
Copyright © 2014 PenangKini.