BREAKING NEWS

Monday, 9 April 2018

Sasar menang 15 DUN, 5 Parlimen, UMNO P.Pinang beri tumpuan luar biasa




PULAU PINANG 9 April – UMNO negeri akan memberi tumpuan luar biasa di kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen yang akan ditandingi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri yakin peluang memenangi kesemua kerusi yang ditandingi itu lebih besar dan cerah kali ini berbanding PRU-13.


Selain faktor pertandingan lebih dua penjuru dan isu semasa yang tidak memihak kepada pembangkang, ujar beliau, keyakinan itu juga bersandarkan hakikat UMNO negeri sudah menggerakkan jenteranya di negeri ini sejak dua tahun lalu.

“UMNO Pulau Pinang benar-benar dalam semangat untuk merampas negeri ini daripada DAP dan kita lihat ada peluang besar untuk kita dalam PRU-14.

“Dalam masa sama, kita juga berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) lain turut memainkan peranan kerana UMNO memerlukan bantuan mereka untuk memastikan majoriti kerusi DUN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.