BREAKING NEWS

Friday, 6 April 2018

Sejarah Tercipta, Empangan Hidroelektrik Bakun Kini Rasmi Milik Sarawak

Empangan Hidroelektrik Bakun kini sah menjadi milik Sarawak selepas Kerajaan Persekutuan menyerahkan empangan terbesar di negara ini kepada kerajaan negeri secara rasmi hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyerahan rasmi empangan konkrit kedua tertinggi di dunia itu merupakan satu detik bersejarah kepada rakyat Sarawak khasnya.

Menurut beliau, menerusi pengambilalihan itu, kerajaan negeri Sarawak kini memiliki empat empangan hidroelektrik iaitu di Murum, Batang Ai, Baleh termasuk Bakun.
“Saya sedar anak Sarawak ada perasaan untuk memiliki dan menguruskan Empangan Hidroelektrik Bakun ini. Sehubungan itu, setelah mengambil kira pelbagai aspek selepas melakukan beberapa siri perbincangan, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan empangan hidroelektrik ini kepada Sarawak,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Rasmi Empangan Hidroelektrik Bakun di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr. James Jemut Masing.
bn Najib Akan Menang PRU14, Rampas Semula Majoriti Dua Pertiga - Merdeka Center
Terdahulu, Abang Johari memberitahu, kerajaan negeri Sarawak amat berterima kasih kepada Najib kerana telah merealisasikan impian rakyat negeri ini untuk memiliki empangan yang mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 2,400 megawatt (MW) itu.
Jelas beliau, detik bersejarah yang dirakamkan hari ini adalah disebabkan hubungan erat antara pemimpin kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
“Kita amat bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri (Najib) yang sangat dekat di hati orang Sarawak. Buktinya, beliau telah bersetuju menyerahkan empangan hidroelektrik ini kepada Sarawak hari ini,” ujarnya lagi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.