BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

Siapa Nak Naik Keretapi Pergi Kelantan? Naik Kapal Terbang 30 Minit Je - Tun M

"Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan."
Itulah kata-kata dinyatakan orang kaya merangkap calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki pesawat peribadi, mahu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibatalkan jika Pakatan Harapan menakluk Putrajaya.
Jika difikirkan semula, ada kebenarannya perjalanan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur ke Kelantan memakan masa berbelas jam dan pilihan menaiki kapal terbang atau memandu sejauh lebih 400km adalah pilihan lebih baik dan lebih cepat.
Tetapi berapa ramai rakyat Malaysia memiliki jet peribadi? Dan tidak ramai juga yang mampu untuk membeli tiket penerbangan - kecuali ketika syarikat penerbangan membuat promosi.
Apa yang Dr Mahathir tidak faham adalah, ECRL bukanlah seperti keretapi KTM berenjin diesel. Perjalanan ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak Selangor hanya memakan masa dibawah 4 jam, sementara dari Pengkalan Kubor, Kelantan ke Pelabuhan Kelang, Selangor cuma dibawah 6 jam.
"Mana Tun M dapat 14 jam? Agaknya zaman Tun M bina keretapi slow, itu yang lupa Malaysia ini zaman Najib dah jauh membangun," soal penganalisis politik Lim Sian See (LSS).
Maka, tidak hairanlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyifatkan cadangan Pakatan Harapan untuk memansuhkan segala pelaburan China ke Malaysia termasuk pembinaan ECRL sebagai kerja gila dan tak siuman.
“Kita sudah dengar pembangkang telah melahirkan hasrat mereka untuk membatalkan kontrak-kontrak seperti ECRL dengan China dan kontrak-kontrak lain.
“Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) sebut tadi pihak satu lagi sebagai pihak haru-biru, memanglah kalau batal segala kerjasama dagangan dengan China itu langkah gila, tidak siuman,” katanya dalam sebuah majlis di Johor, semalam.
Kembali kepada topik ECRL, LSS menegaskan bahawa kerajaan sudah mengenalpasti keperluan sistem pengangkutan efisyen melalui Japan International Corporation Agency (JICA) seawal tahun 1981 - pada era pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Tahun 1999 pun idea itu dibangkitkan kembali. Tun M tentu lupa, walaupun sedar pengangkutan keretapi perlu untuk naikkan taraf hidup penduduk Pantai Timur, idea itu Tun M tolak."
Tambahnya, Dr Mahathir langsung tidak memberi sumbangan kepada usaha menaik taraf ekonomi pantai timur selama 22 tahun memerintah.
Kata LSS, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) merupakan idea cetusan Tun Abdullah Ahmad Badawi, pengganti Dr Mahathir dan ECRL adalah legasi yang bakal ditinggalkan Najib.
"Tiba-tiba Tun M melatah, nak batalkan (ECRL) bila Pakatan Harapan menang kononnya. Salah apa penduduk Pantai Timur dengan Tun M ni?" soalnya kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang selalu terbang menaiki jet peribadi itu.
- mD
 
Copyright © 2014 PenangKini.