BREAKING NEWS

Sunday, 1 April 2018

Stephen Hawking Dikebumi Di Gereja Universiti Cambridge

CAMBRIDGE: Rakan, anggota keluarga dan rakan sekerja Stephen Hawking berkumpul hari ini untuk memberikan penghormatan terakhir pada majlis pengebumiannya di Cambridge, lokasi pakar sains Britain itu menghabiskan sebahagian besar kehidupan luar biasanya.
Hawking, yang meninggal dunia pada 14 Mac lalu pada usia 76 tahun, ialah ateis tetapi anak beliau iaitu Lucy, Robert dan Tim memilih St Mary Great, gereja di universiti berprestij itu, untuk memberikan penghormatan kepada beliau.
“Kehidupan dan kerjaya bapa kami memberikan banyak perkara kepada ramai orang, yang beragama atau tidak mempercayainya.
“Jadi, upacara ini merangkumi semua dan tradisi, mencerminkan keluasan dan kepelbagaian hidupnya,” kata mereka.
Ucapan diterima dari seluruh dunia sebaik kematian Hawking diketahui, daripada Ratu Elizabeth II kepada Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), menunjukkan impak besarnya sebagai pakar fizik dan inspirasi, kerana keengganan beliau mengaku kalah dalam berhadapan dengan penyakit saraf teruk.
Upacara pengebumian, yang diadakan tidak jauh dari Kolej Gonville and Caius, tempat beliau bekerja lebih 50 tahun dan cuma dibuka kepada 500 tetamu yang mengenalinya.
Respesi persendirian akan diadakan di Kolej Trinity. – AFP
 
Copyright © 2014 PenangKini.