BREAKING NEWS

Monday, 2 April 2018

Sudah boleh pasang pelita ‘raya’ - Najib

PEKAN 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Sabtu ini menandakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir tiba masanya.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri, rakyat kini boleh bersedia sepenuhnya untuk menyambut ‘perayaan’ tersebut.

“Semalam saya jumpa pelbagai kumpulan seperti orang muda Cina dan sebelah petang bertemu para pesilat dari seluruh negara.

Rabu ini saya jumpa dengan penjawat awam, selepas itu ke Miri, Sarawak.

“7 April ini insya-Allah pelancaran Manifesto BN, bererti bahawa dah dekat dah tu hendak ‘raya’. Kita sudah boleh pasang pelita raya, di luar bandar biasanya pasang pelita pada malam tujuh likur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program lawatan kerja ke daerah ini dan pelancaran model baharu lot perumahan generasi kedua Felda yang dihadiri kira-kira 12,000 orang di Felda Kumai di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera; Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Ja-watankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Seri Abu Bakar Harun. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.