BREAKING NEWS

Wednesday, 18 April 2018

Tangkis Fitnah Saat Akhir Sebelum Mengundi


A- A+
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, negara dikejutkan dengan fitnah 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini untuk dijadikan sebagai pengundi hantu.

Kecohlah suasana PRU ketika itu apabila ada rakyat Malaysia yang dipukul semasa sedang beratur untuk mengundi kerana disangka sebagai pengundi hantu dari Bangladesh.

Secara rasionalnya kalau mahu membawa masuk 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi, BN memerlukan 100 pesawat jumbo bagi mengangkut mereka dari negara asal mereka.

Bukan itu sahaja, 1,000 buah bas diperlukan untuk mengangkut mereka ke pusat pengundian. Bolehkan bas-bas berkenaan bergerak tanpa dapat dikesan oleh rakyat?

Selepas itu pula fitnah Blackout dengan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi.

Siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati ia dilakonkan sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam.

Lebih ketara apabila terdapat jurugambar merakamkan gambar berhampiran tempat kiraan undi.

Sedangkan tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat pengiraan undi melainkan petugas SPR dan ejen calon.

Itu antara cerita fitnah yang berlaku beberapa hari menjelang PRU13 dan pada hari pembuangan undi. Jika perkara itu boleh berlaku pada PRU13 maka tidak mustahil sekiranya perkara sama akan berlaku juga.

Jangan terkejut jika berlaku lagi fitnah seperti itu. Banyak perkara yang berlaku yang tidak masuk akal dimainkan oleh pembangkang sebelum ini.

Sebab itulah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran akan ada ‘bom’ pada saat akhir supaya rakyat percaya dengan mereka.

Apa yang beliau mahukan ialah semua pihak perlu bersiap sedia supaya jangan terpedaya dengan serangan mengejut di saat akhir (SLMA) yang akan dilemparkan kepada Barisan Nasional (BN).

Justeru menjelang hari pengundian ini, pengundi jangan sampai terjebak dan terpengaruh dengan fitnah-fitnah seumpama itu sedangkan selama ini banyak sangat berita palsu dikitar semula.- Suara.TV

#ManifestoBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #JomBN
 
Copyright © 2014 PenangKini.