BREAKING NEWS

Wednesday, 4 April 2018

‘Terima Kasih Dr. Mahathir’

KUALA KRAI: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed ke­rana mahu membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Timbalan Perdana Menteri ber­kata, perkara tersebut pastinya akan ditentang oleh rakyat di ne­geri ini, Terengganu dan Pahang kerana projek itu memberikan impak besar kepada penduduk di Pantai Timur.
“Alhamdulillah tentu sekali de­ngan aku janji itu maka seluruh rakyat Pantai Timur akan tolak cadangan beliau.

“Saya secara peribadi ucap terima kasih atas cadangan itu dan tentulah Tun Mahathir membuat keputusan tepat untuk tolak sokongan rakyat di Pantai Timur terhadap partinya,” katanya da­lam sidang akhbar di Majlis Pe­mimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meng­kebang, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO nege­ri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.
Kelmarin, Dr. Mahathir dilaporkan berkata, Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan ECRL sekiranya menang PRU-14 kerana meng­anggapnya sebagai satu pembaziran.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu negeri ini berterusan biarpun diperintah oleh Pas sejak 27 tahun lalu.
“Kita bukan sahaja membina lebih 1,000 buah Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir tetapi turut membawa pelbagai pembangunan seperti pembinaan hospital yang merupakan antara yang terbesar di negara ini.
“Semua ini bukan datang bergolak tetapi hasil sumbangan pemimpin yang bekerja keras untuk membangunkan daerah ini,” katanya.
- Utusan Online
 
Copyright © 2014 PenangKini.