BREAKING NEWS

Sunday, 8 April 2018

Wanita Ratu Hati Negara Bersama BN Hebatkan Negaraku



Jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana menjadikan manifesto Barisan Nasional ini sesuatu yang terhebat dan bersejarah dengan memuliakan golongan ibu dan wanita.
Tidak pernah ada mana-mana parti politik sebelum ini memberikan perhatian utama yang mengambil kira perjuangan wanita dalam merencanakan agenda pembangunan negara.
Lembaran pertama manifesto utama BN memberi penghormatan yang tidak ternilai kepada ibu dan wanita yang dianggap sebagai ‘Ratu Hati Negara’ kerana diletakkan di tempat yang begitu tinggi dalam masyarakat.
Keseluruhan manifesto ini akan dapat dimanfaatkan oleh golongan ibu dan wanita kerana hampir semua inisiatif akur janji ini adalah mengambil kira kepentingan mereka sebagai isteri, ibu, anak dan wanita bekerjaya bagi membolehkan mereka mengimbangi peranan sebagai suri rumah dan wanita bekerjaya.
Saya percaya apabila kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional golongan ibu dan wanita berkenaan perlu merebut peluang yang dijanjikan untuk mereka.
Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional bukan saja mengambil kira perjuangan wanita, tetapi juga menganggap mereka sebagai tulang belakang negara, kerajaan dan pastinya Barisan Nasional sendiri.
Semua perancangan infrastruktur dan pembangunan ekonomi negara yang dirancang juga adalah untuk wanita menunjukkan kesungguhan BN untuk mengarusperdanakan isu wanita dan keluarga dalam agenda pembangunan yang direncanakan demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Kenyataan Media Ketua Wanita Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkaitan tentang Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) oleh Presiden BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.
 
Copyright © 2014 PenangKini.