BREAKING NEWS

Thursday, 19 April 2018

'Wira' Jambatan Ke Dua PP Dihargai Ketua Polis Pulau Pinang

PENYAMPAIAN SURAT PENGHARGAAN KETUA POLIS PULAU PINANG

George Town, 19 April 2018 -  YDH CP Dato’ A. Thaiveegan, Ketua Polis Pulau Pinang telah menyempurnakan penyampaian Surat Penghargaan kepada  anggota Polis Bantuan kerana berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua) Pulau Pinang membunuh diri terjun .

Hadir sama pada majlis tersebut, Ybhg Dato’ Seri Syed Jaafar bin Syed Ali, Pengerusi MCPF Pulau Pinang, YDH SAC Dato’ Mohamad Anil Shah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, YDH ACP Zailan bin Tasir, Ketua Jabatan Pengurusan, YDH ACP Baharom bin Abu, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dan turut hadir Pegawai Jambatan Kedua Sdn Bhd. Mohd Suhaimi bin Mohd Jusoh, Senior General Manager, Zaini bin Haslim Manager Traffic Safety / Safety & Health.

Dalam majlis tersebut, Ketua Polis Pulau Pinang berbesar hati memberi Sijil Penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada  anggota Polis Bantuan kerana berjaya menyelamatkan seorang wanita dalam cubaan membunuh diri terjun dari Jambatan pada 18 April 2018.  Antara penerima surat penghargaan ialah Konst PB/ 92808 Zaidi B Salleh, Konst PB/ 92108 Mohamad Fitri B Abu Hasan, Konst PB/ 92802 Megat Taufik bin Megat Kamaruddin.

#polisdirajamalaysia
#pdrmpulaupinang
#mcpfpulaupinang
#polisbantuanJksbpulaupinang
 
Copyright © 2014 PenangKini.