BREAKING NEWS

Thursday, 31 May 2018

Petition Bantahan Penghapusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kami membantah sekeras-kerasnya menghapuskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam Kerajaan pada hari ini, Jabatan ini sepatutnya ditambah baik dan bukannya di hapuskan !

sila beri sokongan anda untuk mendatangani petition ini

<<KLIK SINI>>

Dana Untuk Malaysia Pernah di lancar pada 1998

1. Pada 1998 Perdana Menteri Ke-4 Dato Seri Dr Mahathir Mohamad melancarkan “Dana Untuk Malaysia” oleh Pemuda BN.
2 Dana ini bertujuan agar rakyat bersama kerajaan untuk menyelamatkan negara dari krisis kewangan ketika itu.
3. George Soros adalah antagonis atau penjahat dalam drama 1998. Pasaran saham dan matawang negara jatuh teruk.
4. . Dalam krisis kewangan 1997/98, ketika rakyat diminta menyelamatkan negara, Petronas menyelamatkan syarikat Mirzan Mahathir sebanyak sekitar RM1 BILION.
5. Pada tahun tersebut juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat.
6. 20 tahun, pada 2018, sekali lagi pasaran saham sedang menjunam, matawang juga jatuh dan Najib Razak adalah antagonis baharu.
7. Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir Mohamad (orang yang sama) sekali lagi melancarkan tabung rakyat untuk selamatkan ekonomi negara.
8. Kita tunggulah apa pula hendak difaraid kali ini dan adakah Mahathir akan mensabotaj Anwar Ibrahim sekali lagi?

AB Jalil Backer


Klik Sini <<<>>>>

FIFA 18 Ramal Perancis Juara Piala Dunia 2018

Hanya beberapa minggu lagi sebelum piala dunia FIFA akan berlangsung. Pada 14 Jun sehingga 17 Julai, pastinya ramai yang akan bersengkang mata menyaksikan kejohanan yang hanya muncul 4 tahun sekali ini.

Untuk ‘menghangatkan’ lagi suasana, pihak EA Sports melalui permainan video paling terkenal di kalangan peminat bola sepak, FIFA 18 membuat ramalan awal untuk Piala Dunia FIFA 2018, dengan memilih skuad Perancis sebagai Juara.

Seperti yang peminat sedia maklum, skuad kebangsaan Perancis adalah antara yang terkuat dalam kejohanan kali ini. Nama-nama besar seperti Benzema tidak tersenarai walaupun membuat jaringan ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara hujung minggu lalu.

Untuk tahu betapa tepatnya ramalan EA Sports FIFA ini, Mereka meneka betul juara untuk tahun 2010 dan 2014 iaitu Sepanyol dan Jerman. Antara ramalan lain yan dibuat adalah Belgium akan menewaskan Brazil 2-0 di pusingan kedua, Sepanyol akan berada di tangga ketiga menewaskan Belgium 2-1 dan Perancis menewaskan Jerman di perlawanan akhir.

Jadi adakah ramalan EA Sports kali ini benar untuk 3 kejohan berturut-turut? Sama-sama kita nantikan.

Lee Chong Wei bukan pengarah syarikat restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar

Pemain badminton terkemuka negara, Datuk Wira Lee Chong Wei tidak lagi menjadi salah seorang daripada tiga pengarah syarikat restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar, demikian menurut kenyataan di Facebook restoran berkenaan.

Restoran itu diarah tutup selepas tersebar video pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan menjadi tular dan dikritik netizen atas sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kesihatan pemiliknya.

Raj’s Banana Leaf menjelaskan individu yang dikatakan sebagai pemegang saham restoran berkenaan adalah “tidak benar dan tidak betul.”

“Individu terbabit tiada kaitan dengan pemegang saham syarikat atau restoran kami,” katanya, namun tidak pula menamakan individu terbabit.

Bagaimanapun, pihak pengurusan restoran terbabit mengakui Chong Wei pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan, namun telah meletak jawatan sebagai pengarah sebelum kejadian itu lagi.

“Beliau sama sekali tidak terbabit dalam operasi seharian restoran,”’ kata kenyataan itu lagi.
Pihak berkuasa DBKL telah mengarah restoran itu ditutup.

Kredit –Sarawakvoice

Siaran World Cup RTM1 boleh mendapat pulangan RM 250 juta?



1. Menurut fakta rasmi dari laporan tahunan dikeluarkan oleh website rasmi RTM pada tahun 2014, TV1 hanya memperoleh pendapatan RM 15.6 juta sahaja sepanjang tahun 2014.

Dimana sebenarnya pada tahun yang sama juga RTM menyiarkan 24 perlawanan siaran langsung dan 11 perlawanan siaran tertunda FIFA WORLD CUP RIO 2014.

Total pendapatan (modal+untung) RTM pada tahun 2014 hanyalah RM 52 juta (Tv1 +Tv2).

Ini belum kita tolak kos dan untung yang datang dari rancangan-rancangan lain selain World Cup Rio 2014.

Agak-agak kalau tolak semua modal dan untung dari rancangan-rancangan selain world cup 2014 berapa lah agaknya untung bersih dari siaran World Cup 2014? Mungkin tak sampai RM 25 juta pun.

Kalau RM 25 juta pun tak sampai, inikan pula menurut perkiraan seorang individu yang entah siapa boleh menjana keuntungan RM 250 juta? biar betul

2. Akhbar Utusan bertarikh 25 Jun 2014, Menteri DS Shabery Cheek menyatakan RTM telah membelanjakan RM 20 juta untuk mendapat hak penyiaran World Cup 2014.

Jadi sekarang para pembaca rasa untung ke rugi membelanjakan RM 20 juta untuk pendapatan RTM pada tahun 2014 di atas? pendapatan itu modal + untung ya. Tolak modal untung entah berapa sahaja.

3. Astro pula pada tahun 2014, mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM 129 juta berbanding tahun 2013, meningkat pendapatan 11 peratus dari tahun 2013. Salah satunya disebabkan World Cup Rio 2014.

Astro pun boleh hanya dapat kurang RM 129 juta, ini mamat mana pula kata RTM boleh dapat RM 250 juta?

4. Menurut sumber dari portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pada tahun 2011 sahaja kos operasi RTM menelan belanja sebanyak RM 310.7 juta. Kalau benar sekalipun untung RM 250 juta, penyiaran World Cup 2018 tetap tidak mendatangkan keuntungan kepada RTM dan negara.

Tularkan fakta ini.

Sumber: Nizzal Syafiq
.

Sumber rujukan dari RTM, New Strait Times,The Star, & Utusan:

1. https://www.rtm.gov.my/penerbitan-sp.../2195-laporan-tahunan
2. https://www.nst.com.my/…/astro-scores-hat-trick-2014-world-…
3. https://www.thestar.com.my/…/two-types-of-broadcasting-rig…/
4. http://ww1.utusan.com.my/…/Tiada-lagi-siaran-percuma-Piala-…
5. http://kkmm.gov.my/index.php…

Berapa kos cabar keputusan ICJ dalam kes Pulau Batu Putih, soal peguam

PETALING JAYA: Putrajaya mesti mendedahkan kos ditanggung Jabatan Peguam Negara dalam memfailkan semakan terhadap dapatan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Pulau Batu Putih, kata bekas presiden Majlis Peguam.

Ragunath Kesavan berkata, rakyat berhak tahu tentang kos terlibat dalam kerja-kerja persiapan kes, pelantikan peguam dan penempatan pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara di London.

Beliau berkata, Malaysia tidak seharusnya memfailkan semakan terhadap dapatan tersebut kerana ia tidak berbaloi.

“Apakah asas undang-undang permohonan semakan itu,” tanya beliau, dan menambah perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada orang ramai.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata Batuan Tengah yang merupakan milik Malaysia dan terletak berdekatan dengan Pulau Batu Putih akan dibangunkan.


“Kita mahu membesarkan Batuan Tengah itu supaya kita boleh membentuk sebuah pulau kecil,” kata Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Singapura dalam kenyataan semalam berkata, pada 28 Mei lepas Malaysia memaklumkan kepada ICJ untuk tidak meneruskan prosiding yang dimulakannya sebelum itu.

Kenyataan itu menyebut, Singapura memaklumkan kepada ICJ keesokan harinya ia bersetuju dengan permohonan Malaysia.

Tahun lepas, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali berkata Malaysia melantik semula John Dugard sebagai hakim ad-hocnya di ICJ.

Singapura melantik, bekas presiden ICJ, Gilbert Guillaume, sebagai hakim ad-hoc bagi pihak negara itu.

Dalam pertikaian wilayah antara 2 negara berjiran itu pada 2007, Dugard mewakili Malaysia dalam panel 16 hakim ICJ yang mendengar kes, sementara Singapura diwakili Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India.

Di bawah statut mahkamah, negara yang tidak mempunyai hakim warga negaranya sendiri dalam panel tersebut boleh melantik orang lain sebagai hakim ad-hoc mewakilinya.

Pada 12 Februari tahun lepas, Malaysia memfailkan permohonan semakan ke atas penghakiman ICJ bertarikh 23 Mei 2008 berhubung Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Legeh Selatan.

Dalam permohonannya, Malaysia menyebut 3 dokumen yang baru-baru ini diubah status oleh United Kingdom bagi menyokong permohonan itu.

Apandi berkata, beliau akan mengetuai sepasukan 7 orang, termasuk 3 pakar asing.

Dalam keputusan majoriti 12-4, ICJ, di The Hague, memutuskan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, seluas saiz separuh padang bola sepak, merupakan milik Singapura.

Ia juga dalam keputusan majoriti 15-1 berkata, kedaulatan ke atas Batuan Tengah dimiliki oleh Malaysia, sementara kedaulatan ke atas Legeh Selatan akan ditentukan oleh kedua-dua negara dalam perundingan mereka berhubungan sempadan perairan masing-masing.FMT

Kerajaan sukar urus kewangan tanpa hasil GST, kata laporan

KUALA LUMPUR: Keputusan memansuhkan GST mungkin membawa kesan buruk kepada kedudukan fiskal dan masa depan ekonomi Malaysia, menurut satu pendapat dalam akhbar Singapura, The Straits Times.

Editor bersekutu Straits Times, Vikram Khanna menyifatkan tindakan memansuhkan 6% GST langkah yang terdorong oleh “politik populis, bukan langkah ekonomi yang bijak”.

Katanya, ia juga akan mengehadkan kebolehan kerajaan melaksanakan agenda yang dilihat sebagai progresif dan inklusif.

Katanya, GST sudah lama dianggap oleh pakar ekonomi sebagai satu bentuk cukai pengambilan yang paling komprehensif, telus dan cekap. Ia ukuran fiskal terbaik Malaysia pernah laksanakan, katanya.

Katanya, dengan melaksanakan semula rejim cukai jualan dan perkhidmatan (SST), Malaysia kemungkinan besar akan mengalami defisit RM25 bilion sehingga RM30 bilion setiap tahun dari segi kutipan.



“Setakat ini, kerajaan Malaysia masih belum wujudkan sebarang langkah alternatif untuk menggantikan hasil yang akan hilang akibat pemansuhan GST.

“Ini akan membawa kesan negatif kepada kedudukan fiskal Malaysia dan juga hutang negara, yang mana menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, sudah melebihi RM1 trilion, atau 80% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Agensi penarafan kredit, Moody’s dan Fitch sudah memberi amaran, pemansuhan GST akan membawa ‘kredit negatif’ kepada Malaysia.”

Katanya, kerajaan merancang untuk menambah baik kedudukan fiskal dengan mengawal perbelanjaan, termasuk mempertimbangkan semula keutamaan projek-projek, meningkatkan kecekapan kerajaan dan mengurangkan pembaziran dalam sektor awam.

Bagaimanapun, Khanna berkata, potongan dalam perbelanjaan akan menjejaskan ekonomi Malaysia dengan merendahkan aktiviti ekonomi dan mewujudkan “kehilangan pekerjaan yang tidak wajar”.

Beliau juga berkata, kos memansuhkan GST akan turut memberi kesan pada “projek-projek lepas yang sepatutnya dibiayai oleh hasil lebih tinggi yang dijana GST, dan yang mana Malaysia tidak lagi akan mampu”.

Katanya, kerajaan mungkin terpaksa menaikkan tambang transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT).

“Walaupun harga minyak hari ini yang agak tinggi, iaitu hampir AS$80 setong, akan memberikan Malaysia sedikit keselesaan fiskal dalam jangka masa pendek, hasil berasaskan minyak, seperti yang dilihat sejak 10 tahun lepas, mudah berubah dan tidak tentu. Malaysia tidak boleh bergantung kepada hasil minyak untuk jangka masa panjang.

“Selepas GST dimansuhkan, kerajaan akhirnya akan terpaksa mewujudkan cukai baru, sama ada pada pendapatan atau perolehan modal, atau mengenakan caj lebih tinggi pada pengguna.”

Khanna berkata GST juga dipersalahkan atas isu-isu lain seperti skandal kewangan berkaitan 1MDB dan Felda.

“Dalam minda sesetengah pengundi, isu-isu ini berkaitan: GST dilihat sebagai cara menutup kerugian hasil yang Malaysia hilang kerana salah urus dan korupsi.

“Cukai yang pada asasnya baik dari segi ekonomi sudah tercemar dan dipolitikkan.”

“Memansuhkannya mudah. Tetapi kini cabarannya adalah, kerajaan baru mempunyai tugas yang tidak menyenangkan untuk menguruskan kewangan Malaysia tanpa GST, dan tanpa langkah hasil alternatif yang sepadan,” katanya.

Wednesday, 30 May 2018

Jangan Jual Petronas






Barisan Nasional dan Umno tidak bersetuju dengan apa saja alasan jika kerajaan berhasrat menjual 25 peratus pegangan di dalam Petronas untuk melunaskan hutang yang sering dipolitikkan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, kerajaan sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk meningkat prestasi Petronas di dalam dan luar negara, di samping menambah pegangan asing dan menaikkan pendapatan, daripada mengambil jalan mudah mencari wang untuk mengkotakan janji-janji di dalam manifestonya.

“UMNO beranggapan Kerajaan PH tidak ada ahli yang dapat berfikir secara ‘outside the box’ atau di luar kotak bagi memenuhi janji manifesto ini, kecuali mengambil jalan mudah,” kata kenyataan itu.

“Kalaulah benar hasil jualan saham Petronas sebanyak RM200 bilion itu dikhaskan untuk membayar hutang negara, dari mana pula lebihan RM800 bilion akan diperolehi untuk mencukupkannya?” kata kenyataan itu lagi.

KENYATAAN PENUH

1. Rakyat Malaysia semakin bimbang dengan hasrat Kerajaan Pakatan Harapan yang semakin tidak ketentuan dalam membuat keputusan membabitkan ekonomi negara termasuk terperangkap dalam pelbagai cadangan pihak tertentu yang tiba-tiba timbul termasuklah menjual 25 peratus pegangan dalam Petronas bagi melunaskan hutang 1MDB dan hutang luar yang diwar-warkan RM1 trilion.

2. UMNO dan Barisan Nasional selari dengan kebimbangan rakyat dan kecewa jika Kerajaan PH terjerumus dalam tindakan tidak wajar dan bertindak di luar kawalan dengan menggunakan GLC atas kepentingan pihak tertentu.

3. Barisan Nasional dan Umno tidak bersetuju dengan apa saja alasan jika kerajaan berhasrat menjual 25 peratus pegangan di dalam Petronas untuk melunaskan hutang yang sering dipolitikkan.

4. Apa tujuan sebenar dan apakah maksud terlindung kepada hasrat yang dikemukakan secara tiba-tiba itu? Jika idea itu digunakan apakah kerajaan sudah ketandusan idea untuk mentadbir ekonomi Malaysia yang mendapat penarafan tinggi daripada agensi-agensi antarabangsa seperti Standard & Poor’s, Moody’s dan Fitch?

5. Berhentilah daripada mempolitikkan hutang negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri mengesahkan bahawa hutang negara cuma RM686.8 bilion dan bukannya RM1 trilion.

6. Kerajaan sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk meningkat prestasi Petronas di dalam dan luar negara, menambah pegangan asing dan menaikkan pendapatan, daripada mengambil jalan mudah mencari wang untuk mengkotakan janji-janji di dalam manifestonya. Lebih malang ialah mewar-warkan jumlah hutang yang tinggi untuk menutup kegagalan dalam memenuhi permintaan rakyat.

7. UMNO beranggapan Kerajaan PH tidak ada ahli yang dapat berfikir secara ‘outside the box’ atau di luar kotak bagi memenuhi janji manifesto ini, kecuali mengambil jalan mudah.

8. Mereka gagal ataupun enggan mengiktiraf sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9 peratus, unjuran yang dibuat oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, enggan menerima hakikat bahawa aset 1MDB mampu membiayai hutangnya sendiri dan fakta bahawa defisit fiskal kita menurun daripada 3.0 peratus kepada 2.8 peratus.

9. Kalaulah benar hasil jualan saham Petronas sebanyak RM200 bilion itu dikhaskan untuk membayar hutang negara, dari mana pula lebihan RM800 bilion akan diperolehi untuk mencukupkannya?

10. Apakah PH bercadang pula menjual saham dalam dalam syarikat gergasi lain atau menswastakan sebahagian agensi yang ada? Apakah kerajaan akan menjemput penyertaan (atau lebih tepat lagi campur tangan asing) ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ada. Mungkin juga PH boleh memikirkan sebahagian pemilikan di dalam Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd misalnya, dicagarkan pula kepada entiti asing.

11. Barangkali tenaga profesional di dalam PH hanya berfikir dalam ruang lingkup mereka sendiri, dan enggan berfikir secara rasional dengan ahli ekonomi antarabangsa. Bukankah ini cara mereka sebelum ini, iaitu meminta bantuan pakar asing?

12. Bagaimana pula seorang yang kes rasuahnya masih belum selesai, boleh bercakap mengenai rasuah 1MDB, hutang negara yang direka-reka angkanya dan soal unjuran ekonomi?

13. Kesediaan kerajaan menghapuskan GST yang setakat ini memperkukuhkan perolehan negara sebanyak RM44.3 bilion berbanding hanya RM 18 bilion di bawah SST tahun 2014 serta hutang PTPTN berjumlah RM45 bilion, mencerminkan betapa hutang RM1 trilion rekaannya tidak langsung memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara.

14. Dalam pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini, hutang kerajaan diurus dengan baik. Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini belum pernah gagal melunaskan pembayaran hutang dan pada masa yang sama mampu memacu perkembangan ekonomi negara dengan pesat.

15. Oleh itu, berhentilah segera sandiwara ini supaya FDI tertinggi dalam sejarah diraih oleh Barisan Nasional dahulu tidak terus ditarik keluar, pasaran saham menjunam dan nilai matawang terus jatuh. Rakyat pasti tidak mahu seolah-olah kerajaan hanya wujud untuk memperkudakan isu ini. Janganlah menyembunyikan kelemahan kerana kelemahan yang ada ini mudah dihidu oleh rakyat.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO
KUALA Lumpur
28 Mei 2018

Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Hapus Tol



1. Harapan rakyat untuk menikmati janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi menghapuskan semua tol lebuh raya di Semenanjung tidak kesampaian apabila Kerajaan PH hari ini mengumumkan hanya 50 peratus potongan kadar tol untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.

2. Ini ternyata bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji untuk menghapuskan tol di seluruh negara andainya menjadi kerajaan demi meringankan beban rakyat.

3. Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bukan saja hampa kerana tidak dapat tol percuma, malah masih perlu keluar duit belanja untuk bayaran tol. Ia pasti membebankan mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh.

4. Pengumuman hari ini menyerlahkan Kerajaan PH mungkin telah menyedari realiti bahawa penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Sekaligus menunjukkan janji manifesto itu hanya sebagai janji atau 'gula-gula' politik bagi meraih undi.

5. Menurut agensi penarafan RAM Ratings, penghapusan semua tol lebuh raya akan membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion. Ini bermakna ia adalah kerugian besar kepada pemegang konsesi dan kerajaan bagi tempoh yang singkat.

6. Oleh itu, bagaimana kerajaan mampu menanggung perbelanjaan bagi melunaskan hutang dengan syarikat konsesi ini, yang ada antaranya baru memulakan kutipan bagi membiayai kos pembinaan lebuh raya mereka?

7. Apakah masa depan pembinaan lebuh raya lain, misalnya Lebuh Raya bertingkat Ulu Klang-Sungai Besi (SUKE Highway) kendalian firma Prolintas mampu diteruskan tanpa kutipan tol? Projek berharga RM48 bilion itu memerlukan suntikan modal yang besar untuk pembinaannya. Apakah kerajaan sanggup menanggung kosnya, dan bagaimana?

8. Sebenarnya rakyat sudah menerima cara sistem bertol ini sejak PLUS mengutipnya pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4.

9. Seperti di negara lain, sebahagian besar rakyat Malaysia memahami tujuan kutipan tol oleh syarikat konsesinya. Biarpun jalan raya alternatif masih ada, mereka selesa menggunakan lebuh raya bertol untuk ke destinasi, serta faham ia dibina untuk kemudahan mereka.

10. Mereka juga faham kos yang tinggi untuk membinanya di sesetengah tempat, masalah pengambilan alih tanah serta pampasan.

11. Oleh itu, Kerajaan PH tidak wajar menggula-gulakan rakyat dengan janji penghapusan tol semata-mata untuk meraih undi. Apa jua janji kepada rakyat, mestilah ditunaikan sebaik mungkin, tanpa alasan dan helah politik.

12. Susulan pengurangan hanya 50 peratus dan dua hari saja menjelang Aidilfitri, rakyat mula tertanya-tanya dan kecewa terhadap Kerajaan PH yang hanya pandai retorik. Tindak tanduk Kerajaan PH mula tidak ketentuan malahan sanggup menjadikan isu 1MDB sebagai agenda politik dan menjanjikan rakyat dengan angan-angan yang besar seperti pemansuhan tol kononnya.

13. Mungkin PH kini tercari-cari jawapan sebenar dari segi implikasi kewangan kepada kerajaan dan pemegang konsensi tol sekiranya tol dihapuskan. Tambahan pula, dalam keadaan pasaran saham yang merundum, penurunan berterusan ringgit dan penarikan keluar modal asing, pastinya merungsingkan kerajaan sekarang.

14. Ini bukan salah rakyat dan rakyat tidak sepatutnya dipermainkan. Akibat pentadbiran Kerajaan PH yang cacamarba, pelabur luar mula menampakkan kesangsian untuk menanam modal dan pelaburan di negara ini.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
30 Mei 2018

Guan Eng menteri atau pejuang jalanan?- Puad Zarkashi

Anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyelar Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwanya cuba menjadikan media sebagai mahkamah.

“Berbagai isu didedahkan di media dan objektifnya adalah untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan hukuman,” kata bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dibubarkan kerajaan baru.

“Satu lagi objektifnya ialah untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak mempersoalkan pelantikan kontroversi beliau sebagai menteri kewangan kerana terpalit dengan kes rasuah yang dalam proses perbicaraan di mahkamah.”

Katanya, bermula dari isu hutang negara, Lim menuduh kononnya kerajaan BN terdahulu membelanjakan hampir RM7 Bilion untuk menyelamatkan 1MDB.

“Soal dasar dan soal janji kerajaan HARAPAN langsung tidak dihuraikan.

“Lim Guan Eng tidak dapat membezakan lagak seorang street fighter (pejuang jalanan) dan seorang menteri.

“Apakah dia tidak sabar untuk membalas dendam?” soalnya.

RM40j untuk Piala Dunia: Kerajaan sumbat gol sendiri, kata GERAKAN

Sukar dipercayai!

Itulah reaksi Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang selepas mendengar pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM.

Beliau berkata barangkali itulah sebabnya kerajaan perlu mewujudkan tabung bagi rakyat Malaysia memberi sumbangan untuk meringankan hutang negara.

"Kerajaan HARAPAN hari ini meminta rakyat menyumbang dalam tabung untuk membantu kerajaan.

"Hari ini kerajaan juga mengumumkan ia akan menggunakan sehingga RM40 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia. Tiba masanya untuk rakyat Malaysia berfikir semula.

"Saya ingin bertanya adakah tabung itu berkaitan dengan siaran Piala Dunia di RTM? Saya ingat kerajaan ingin jimatkan wang?" katanya di Twitter.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan kejohanan Piala Dunia - 27 perlawanan secara langsung manakala 14 perlawanan lain melalui siaran tertunda.

Gobind berkata kabinet menetapkan RM40 juta sebagai harga siling untuk membeli hak penyiaran itu.

Beliau juga berkata penaja akan menyerap sebahagian besar daripada kos.

Mesyuarat kabinet hari ini juga memutuskan untuk mewujudkan Tabung Harapan malaysia - usaha khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan. Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan," kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

HSR: Kerajaan digesa bersikap telus dalam keputusan untuk membatalkan projek tersebut - Najib Razak




1. Projek keretapi laju HSR Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara.

2. Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini. Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu.

3. Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaya serta taraf hidup lebih baik untuk semua rakyat.

Ia juga akan mewujudkan satu pusat pertumbuhan baharu dan memberi nafas baharu kepada bandar seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban di mana manfaat berganda daripada projek ini adalah sangat besar.

4. Pada ketika kita memahami bahawa ia adalah prerogatif kerajaan baharu Pakatan untuk membatalkan projek ini, saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Saya turut merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pencerahan bagaimana keputusan dibuat kerajaan BN terdahulu bersama kerajaan Singapura bagi projek ini.


5. Pertama, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion. Jawatankuasa bersama Malaysia – Singapura, sehingga awal tahun ini telah mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion, termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

6. Kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi merekabentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember, 2018.

7. Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

8. Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

9. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini, membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan.

10. Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

11. Projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi. Kerajaan akan meraih pendapatan daripada cukai yang diperoleh daripada ekonomi yang lebih rancak. Manakala, rakyat pula mendapat kemudahan dan peluang pekerjaan kerana dapat berhubung dengan mudah.

12. Rasional yang sama digunakan dalam pembinaan HSR ini. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, laluan penerbangan Kuala Lumpur Malaysia adalah yang tersibuk di dunia. Terdapat permintaan yang luar biasa terhadap perjalanan Kuala Lumpur-Singapura ini. Kerana itulah HSR ini sebenarnya sangat menguntungkan negara.

13. Saya juga ingin bertanya adakah agensi terlibat dengan projek ini sudah diberi ruang untuk membentangkan kes mereka kepada kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan? Adakah kajian impak ekonomi dan penilaian impak alam sekitar sudah dibentangkan dan dipertimbangkan? Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?

Unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah saya lihat menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi GNI sehingga 2069. Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069. Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam sebagaimana dilakukan kerajaan BN sebelum ini ketika laporan dipamerkan kepada orang ramai untuk maklum balas.

14. Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan Menteri Pengangkutan baharu telah membuat kenyataan bahawa projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam kabinet manakala Menteri Kewangan baharu enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini.

15. Projek HSR ini adalah projek jangka panjang dengan pelaburannya akan dapat diperolehi kembali pada dekad mendatang, dari pertumbuhan trafik selain kesan limpahan manfaat ekonomi berkaitan projek ini.

16. Impak ekonomi dari projek HSR ini juga turut mengambil kira analisa kewangan dan laporan Bank Dunia bagi unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

17. Dengan pembatalan projek ini, prospek pertumbuhan KDNK Malaysia akan menyusut dan pertumbuhan peluang pekerjaan akan terencat? Kerajaan baharu perlu mengambil kira faktor ini dan mempunyai langkah pilihan bagi mengisi jurang kekurangan ini.

18. Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika Perdana Menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja. Jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat.

Cuepacs rayu notis tamat 17,000 lanjut ke selepas raya



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan melanjutkan notis penamatan sebahagian 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini.

Presiden Datuk Azih Muda mengharapkan lanjutan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh asal kerana mengambil kira sambutan hari raya dan tanggungan kelompok terkesan seperti hutang dan pinjaman belum habis dibayar.

“Notis penamatan perkhidmatan yang dikeluarkan sepatutnya 16 Jun 2018. Tetapi jika kita libat waktu itu masa sambutan Aidilfitri.


“Kita rayu notis itu dipanjangkan. Kalau tak ikut tempoh kontrak pun beri 1 tempoh panjang untuk penjawat awam yang diberhentikan,” katanya pada sidang media di Wisma Ceupacs.

Cuepacs membuat rayuan ini selepas menerima aduan dan rungutan daripada kakitangan terkesan.

Kerajaan mengumumkan pemberhentian 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dalam usaha menurunkan perbelanjaan kerajaan kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam, kecuali golongan bergaji rendah seperti pemandu.

Azih menjelaskan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik ini terbahagi kepada 3 kumpulan dan pemberhentian ini akan memberi kesan kepada kumpulan yang tidak terlibat dengan dasar dan politik kerajaan.

Tiga kumpulan itu ialah kumpulan pelaksana 1, 2 dan Pengurusan & Profesional. Mereka ini dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Dalam 3 kumpulan itu ada yang kontrak dan tetap. Mereka ini terkesan tetapi tidak terlibat dengan dasar dan politik kerajaan.

“Kumpulan itu adalah Gred 1 hingga 40 yang antaranya pentadbiran, pembantu awam, kerani dan pembantu,” katanya.

Tuesday, 29 May 2018

Jangan ganggu kedudukan UiTM

KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengingatkan semua pihak supaya tidak mengganggu kedudukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai institusi pengajian khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa, berkata status UiTM sepatutnya dilihat sebagai mengimbangi kedudukan Bumiputera dan bukan Bumiputera di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak tidak wajar mengemukakan permintaan menuntut kelonggaran untuk golongan bukan Bumiputera diterima masuk ke UiTM.

"Pusat pengajian seperti UiTM memberi peluang dan ruang kepada anak Bumiputera mendapat akses pendidikan bagi mengubah kedudukan kaum Bumiputera, selain mengimbangi kedudukan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

"Ketika ini, Bumiputera masih jauh terpinggir dan wujud jurang lebar khususnya dalam penguasaan pendidikan serta ekonomi.

"Bagi mengimbangi kedudukan dan penguasaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pelbagai bidang, adalah wajar bagi kerajaan meneruskan dasar membantu Bumiputera, khususnya dalam bidang pendidikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas permintaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) supaya kerajaan membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.

Ketua Umum HINDRAF 2.0, P Uthayakumar, dilaporkan meminta UiTM yang diwujudkan khusus untuk Melayu dan Bumiputera dibuka kepada semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

Memorandum mengandungi tuntutan itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Zambri berkata, kewujudan UiTM adalah sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Tidak wajar bagi mana-mana pihak cuba menukar sebarang dasar, khususnya berkaitan UiTM, melainkan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, termasuk isu pendidikan," katanya- BH

Monday, 28 May 2018

Duit Rakyat Diguna Untuk Membayar Ganti Rugi Pembatalan Projek High-Speed Rail?

Tindakkan kerajaan hari ini mahu membatalkan pembinaan projek High-Speed Rail (HSR) yang akan menguhubungi negara jiran Singapura adalah sama seperti tindakan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi membatalkan projek Jambatan Bengkok.
Ketika itu ramai yang bangkit memarahi tindakan ‘Pak Lah’, dan mendesak agar ianya diteruskan, namun kerajaan ketika itu meneruskan pembatalan pembinaan tersebut, akhirnya ‘Pak Lah’ terpaksa melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Hari ini seperti ‘Dejavu’ perkara yang hampir serupa berlaku dimana pada hari ini Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir pula telah membatalkan projek yang diusahakan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu besar kemungkinan kerajaan dan negara akan kehilangan banyak wang negara boleh juga di baca sebagai wang rakyat sebagai ganti rugi terhadap pembatalan tersebut.
Dijangkakan RM500 juta bakal lesap dari tabungan kerajaan atau dibaca wang rakyat.
Adakah Mahathir akan kehilangan jawatannya? kita tunggu dan lihat.

Bil TM Lebih Rendah Bermula Bulan Depan

Banyak syarikat telah mengambil langkah awal mengurangkan harga selepas Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan akan melaksanakan GST pada kadar 0% bermula 1 Jun. Buat syarikat lain, 1 Jun nanti mereka perlu mengurangkan kadar GST dari 6% kepada 0%.

Untuk itu, Telekom Malaysia (TM) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka patuh kepada arahan baru Kementerian Kewangan ini dan akan mengenakan GST 0% pada semua produk dan servis mereka, bermula 1 Jun 2018. Ia meliputi Unifi Broadband, Unifi Wireless dan Unifi Mobile.

Sebagai contoh, jika anda melanggan Unifi Advance Plan 30Mbps dengan bayaran RM179 sebulan, anda perlu menambah RM10.74 untuk GST 6% sebelum ini. Manakala pelan tanpa had webe RM79 pula, dikenakan RM4.74 tambahan untuk GST 6%. 1 Jun kelak, GST 6% ini tidak lagi perlu dibayar.

Peluang Najib Membersihkan diri



oleh Ab Jalil Backer

Kejutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas buat kali pertama di peringkat Persekutuan dan hanya mampu mengekalkan tiga kerajaan negeri iaitu Perlis, Pahang dan Sarawak.

Kejutan ini memang memeritkan kepada BN dan juga Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pertama memimpin parti pemerintah dan tewas dalam pilihan raya umum.

BN memasuki PRU-14 dalam satu keadaan yang sangat getir. Ia berhadapan dengan cabaran negarawan Tun Mahathir Mohamad, kemarahan sebahagian rakyat kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “serangan” ke atas keluarga Mohd Najib dalam dan luar negara.

Akhirnya majoriti rakyat membuat keputusan “enough is enough”! Mereka merasakan tidak rugi apa-apa jika mengundi Pakatan Harapan. Hanya masa akan menentukan sama ada perasaan itu benar atau mereka telah membuat keputusan yang salah.

Namun berdasarkan undi diperoleh bagi ketiga-tiga parti utama bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 ia bukanlah satu kemenangan yang terlalu selesa bagi Pakatan Harapan (PH). PH memperoleh keseluruhan 5,685,252 undi atau 50.1 peratus (%), BN 3,624,921 undi (32%) dan PAS sebanyak 2,043,159 undi (18%).

Ada hampir 6 juta lagi yang layak mengundi (berdaftar dan tidak berdaftar) tidak melaksanakan tanggung jawab mereka. Ini bermakna, di sebalik janji pelupusan GST, penurunan harga petrol, penurunan harga barang dan pelupusan tol, lebih separuh pengundi tidak mempercayai Pakatan Harapan.

Kesukaran Barisan Nasional ialah usaha transformasi ekonomi negara yang dibuat oleh Mohd Najib bertujuan menjadikan ekonomi negara mampan dan berdaya saing telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara hidup mewah golongan pertengahan dan generasi muda negara ini.

Dunia mengakui Malaysia berada pada landasan betul di bawah transformasi ekonomi Mohd Najib namun rakyat dihasut. Rakyat dihasut bahawa kekayaan ekonomi negara ini mencukupi membiayai pembangunan dan subsidi berpuluh bilion tanpa kutipan GST. Rakyat diindoktrinasi bahawa negara ini tidak memerlukan GST jika pemimpin negara tidak membazir.

Hasutan ini menjadi barah yang merebak dengan pantas. Rakyat menjadi marah dengan persepsi penindasan GST, kehilangan berbilion ringgit duit 1MDB, negara bakal muflis dan keborosan sebahagian keluarga Mohd Najib di luar negara. Maka akhirnya kemarahan tersebut diterjemahkan dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pada itu, UMNO sendiri pasti mengetahui bahawa sebahagian besar kekalahan calon-calonnya kerana sabotaj dalaman parti dan kegagalan sayap pemuda dan wanita melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pemuda sungguhpun diberi kuasa dan kedudukan melalui Kementerian Belia dan Sukan gagal menarik sokongan generasi muda. Program seperti “Fit Malaysia” hanya program suka-suka tanpa indoktrinasi agenda kerajaan Barisan Nasional. Hasilnya, Khairy Jamaluddin menjadi popular tapi BN tidak menerima tempias populariti tersebut.

Mahalan populariti Khairy juga adalah populariti buih-buih di permukaan sahaja kerana beliau sendiri hampir tewas di Parlimen Rembau. Dari majoriti lebih 18 ribu undi pada 2013 tinggal 4,364 undi pada 2018. Jika dicampur keseluruhan undi calon-calon yang menentangnya, beliau sudah kalah kali ini.

Kita tahu generasi muda terkenal dengan aliran “anti-establishment” namun tindakan mengurangkan peranan persatuan-persatuan belia yang pro-Kerajaan telah menyebabkan jurang itu lebih besar.
Ketua Wanita UMNO juga perlu bermuhasabah diri. Kaji selidik dan culaan Jalinan Rakyat Wanita UMNO meleset 100 peratus. Ini menyebabkan Barisan Nasional dan UMNO tidak nampak kekalahan ini.

Apa pun sesuatu yang sangat indah dalam keputusan PRU ke-14 ini ialah ia memberi peluang kepada Mohd Najib membersihkan dirinya dari segala tuduhan dan tohmahan. Hari ini Mohd Najib disiasat oleh Kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Tidak timbul lagi persepsi kerajaan cuba melindungi beliau. Cuma timbul persoalan baharu, apakah kerajaan hari ini mampu berlaku adil dan memastikan keadilan ditegakkan.

Tindakan melantik mereka yang mempunyai agenda peribadi ke atas Mohd Najib seperti Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dan Tan Sri Abdul Ghani Patail sebagai pasukan penyiasat tidak memberi gambaran keadilan akan ditegakkan.

Apa pun ini adalah peluang Mohd Najib dan keluarga membetulkan persepsi dan bermuhasabah diri. Mungkin ini juga rahmat Allah untuk meletakkan seseorang itu di landasan yang betul setelah terbuai dengan nikmat dunia.

artikel ini pertama kali diterbitkan dalam Sinar Harian 28 Mei 2018

Warga Asing Boleh Sewa dan Tinggal Di Perumahan PPR – Zuraida

KUALA LUMPUR — Warga asing tidak akan dihalang untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR), kata Zuraida Kamaruddin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata walau tiada halangan namun warga asing yang tinggal secara sah sahaja dibenarkan berbuat demikian.

“Warga asing yang memiliki permit boleh tinggal namun kita mahu pemilik mengutamakan warga Malaysia untuk menyewa,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.

“Kita berharap warga asing yang tinggal di situ mengikuti budaya setempat dan kita akan pastikan mereka mengekalkan tahap kebersihan, persekitaran dan keselamatan.”

Zuraida berkata bagi mengelak unit PPR disewa kepada warga asing, pemilik perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. – MalayMail

Saturday, 26 May 2018

#MansuhTol Dilema Buat Kerajaan Pakatan Harapan


  • Terdapat 31 lebuhraya bertol dalam negara ini.
  • Sehingga tahun 2010, RM383.3 bilion diperlukan untuk ambil alih semua lebuhraya.

Pada minggu lalu, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bertemu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad iaitu pemegang saham terbesar syarikat konsesi tol terbesar negara, Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS). Pertemuan ini untuk membincangkan langkah penstrukturan semula tol.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada tol akan dimansuhkan sepenuhnya atau dibuat secara berperingkat tetapi menurut kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tun Daim Zainuddin akan mengumumkan keputusan kerajaan berhubung bayaran tol pada masa terdekat.


Kebimbangan yang timbul mengenai langkah kerajaan berhubung tol adalah berkaitan sumber pendapatan kewangan negara dan kesannya kepada syarikat-syarikat konsesi. Sekiranya kerajaan memutuskan untuk memansuhkan bayaran tol sepenuhnya, dibimbangi kerajaan persekutuan akan dibebani dalam perbelanjaan fiskal.

Kerajaan perlu membayar harga yang tinggi untuk ambil alih tol. Kredit: FMT

Selain itu, kerajaan juga terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi untuk mengambil alih aset lebuhraya itu serta turut menanggung obligasi hutang syarikat konsesi tol. Menurut kajian yang dibuat oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pada tahun 2010, kos keseluruhan untuk mengambil alih semua lebuh raya dalam negara ini kira-kira RM383.3 bilion.

Di samping itu, CIMB Research pula menyatakan, Pakatan Harapan lebih awal menjangkakan pengambilalihan semua lebuhraya dengan menggunakan klausa pengambilalihan (expropriation clause) hanya sekitar RM50 bilion tetapi anggaran kos ambil alih terkini tidak diketahui.

Tatkala pemansuhan bayaran tol akan memberi manfaat kepada pengguna dan mengurangkan tekanan kerana peningkatan kos sara hidup, para pengkritik percaya langkah itu akan mengundang pula ketegangan kewangan kepada kerajaan jika bayaran tol yang dimansuhkan itu tiada pengganti kepada sumber pendapatan besar yang lain.

Menurut angka-angka yang dikeluarkan Bond Price Agency Malaysia pada 23 April lalu, jumlah keseluruhan bon tertunggak daripada pelbagai syarikat konsesi tol adalah sebanyak RM55.3 bilion. Maknanya kerajaan Pakatan Harapan perlu membayar lebih RM55 bilion hanya untuk mengambil alih hutang syarikat konsesi sebagai pelengkap kepada pengambilaihan operasi tol dalam negara dan ini tidak termasuk dengan kos untuk mengambil alih aset.

KWSP mahu penyelesaian komprehensif. Kredit: The Malaysian Times

Dalam laporan berasingan, Maybank Investment Bank Research mendedahkan, jika kerajaan mahu mengambil alih semua hutang tertunggak dan ekuiti pemegang saham,  kira-kira RM79 bilion perlu disediakan sebagai pampasan yang paling minimum dengan menjangkakan secara umumnya nisbah antara hutang dengan ekuiti adalah 70:30.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pernah berkata penyelesaian yang komprehensif amat diperlukan untuk menangani isu tol lebuhraya ini. Beliau mengingatkan bahawa banyak wang telah dilaburkan melalui pasaran modal. Justeru, wujud keperluan mendesak untuk mengimbangi situasi ini.

Berdasarkan laporan kerajaan,sehingga hujung tahun 2017, terdapat 31 lebuhraya bertol di negara ini.

Pada tahun 2016, sebanyak RM6.82 juta hingga RM1.5 bilion diperlukan untuk operasi tahunan dan kos penyelenggaran di setiap lebuh raya ini. Jumlah kutipan yang telah diperoleh pula antara RM27 juta dan RM2.867 bilion.

Pakatan Harapan pula melalui Bajet Alternatif 2018 telah menunjukkan bahawa langkah membeli semula syarikat konsesi tol akan menyebabkan wujud keberkesanan kos (cost-effective) berbanding dengan membayar pampasan berjadual (periodic compensation) kepada syarikat konsesi tol.

Pakatan Harapan komited mansuhkan tol. Kredit: The Malaysian Times

Walaupun cadangan Pakatan Harapan ini diperkecilkan tetapi sebenarnya langkah memansuhkan bayaran tol bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia. Buktinya, pada tahun ini, kerajaan BN sempat menamatkan kutipan tol di empat lebuhraya iaitu Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor.

Dalam kalangan syarikat konsesi tol pula, langkah populis kerajaan ini sudah pasti akan diberikan perhatian penting.  Ketika ini terdapat sembilan konsesi tol di Malaysia seperti  IJM Corp Bhd , WCE Holdings Bhd , Taliworks Corp Bhd , Ahmad Zaki Resources Bhd , Gamuda Bhd , Bina Puri Holdings Bhd , Ekovest Bhd , Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd  (Litrak) and Malaysian Resources Corp  Bhd.

Selain daripada syarikat yang disenarai awam (public-listed) ini, perlu diulangi bahawa dua dana pelaburan kerajaan seperti Khazanah Nasional dan KWSP turut terlibat dalam bisnes konsesi tol apatah lagi kedua-duanya merupakan pemegang saham Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) iaitu pemilik lima lebuhraya utama termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan.

Prolintas hanya menumpukan operasi tol di Lembah Klang sahaja. Kredit: Berita Harian

Syarikat yang tidak disenaraikan seperti Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Bhd juga merupakan operator lebuhraya kedua terbesar di Malaysia. Memang kebanyakan lebuhraya bertol utama dalam negara ini dimiliki oleh PLUS dan Prolintas.

RHB Research Institute berpendapat kesan besar daripada pemansuhan tol ini akan memberi kesan kepada saham syarikat konsesi tol ini. Oleh itu syarat pampasan yang munasabah perlu disediakan. Selain itu,  pemansuhan tol akan memerlukan suntikan tunai satu kali (one-off cash injection) kerana pelupusan aset konsesi tol yang datang daripada perbelanjaan pendapatan daripada kutipan tol.

Hasil yang diperoleh ini akan digunakan untuk mengurangkan hutang dan meningkatkan nilai dividen khas kepada para pemegang saham.

Sementara itu, PublicInvest Research masih pesimis langkah kerajaan ini akan berakhir segera. Sebaliknya, badan penyelidik itu yakin pengambilalihan syarikat konsesi yang bertujuan untuk memansuhkan kutipan tol akan terus berlarutan pada satu tempoh masa tertentu.

Hal ini kerana, isu pampasan yang menjadi perkara utama itu akan mengganggu sentimen para pemain yang disenaraikan seperti Gamuda, IJM Corp, Taliworks dan Litrak serta  syarikat Ekovest dan Bina Puri yang hanya mempunyai sebuah konsesi tol sahaja.
  
Justeru, beberapa janji Pakatan Harapan sebelum ini termasuk pemansuhan tol dijangka akan ditangguhkan bagi memastikan negara berupaya menyelesaikan tanggungan luar biasa sekarang.

Gigi Pertama Si Kecil

Turutan gigi bayi tumbuh mengikut aturan nombor. Jika bayi mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa, mungkin patut periksa di mana gigi seterusnya patut tumbuh,antara kaedah untuk meredakan kesakitan tumbuh gigi ialah :

1) Berikan 'teether'
2) Berikan ais yang diperbuat dari air masak
3) Sapukan bonjela untuk bayi

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan Gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

Selusuri Jambatan Pulau Pinang dengan Penang Hop-0n Hop off City Tour



Bagi mereka yang ingin mencuba sedikit kelainan dengan melihat panorama menarik sekitar Pulau Pinang, anda boleh mencuba menggunakan khidmat terbaru daripada Perkhidmatan Penang Hop-0n Hop off City Tour.

Kini, paling seronoknya anda boleh menyelusuri jambatan terpanjang di Asia Tenggara (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)  Pergi guna Jambatan Pulau Pinang, balik guna Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah sambil menikmati pemandangan 360 darjah di atas bas tidak berbumbung.

Perjalanan bermula dri 10pagi hingga 2petang dan singgah sebentar di Design Village Outlet selama 1 jam. Hanya pada setiap hari sabtu dan ahad dengan harga RM50 seorg.

Layari Laman Sesawang <<Klik Sini>> Untuk Membeli tiket di atas talian.









VIP Cedera di Tembak 9 Das di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai individu kenamaan (VIP) cedera dalam kejadian tembakan di simpang Taman Sentosa, Jalan Kulim, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.

Lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai ditembak sekurang-kurangnya sembilan das tembakan dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, beliau terdengar bunyi letupan yang disangka mercun sebelum melihat sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga di situ.

Katanya, mangsa yang cedera dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.










1MDB: Hendak siasat atau ada agenda lain?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta berhenti mempolitikkan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikannya.

Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, jika hendak menentu siapa yang salah atau siapa yang betul, maka lakukanlah siasatan dengan telus mengikut lunas undang-undang.

“Kalau hendak menyiasat, siasatlah senyap- senyap dan fokus. Semasa dalam siasatan tidak boleh buat kenyataan, panggil sidang media dan kemudian membuat tuduhan kepada pihak-pihak tertentu.

“Dalam siasatan ada prosedur. Seandainya ada pihak yang didapati bersalah semasa siasatan, dakwa atau lakukanlah pertuduhan kepadanya supaya yang yang dituduh dapat diadili di mahkamah.

“Bukannya setiap hari panggil sidang media dan dedahkan apa yang kononnya disiasat. Itu bukan siasatan tetapi hendak berpolitik, ada agenda lain. Siasatan dan sidang media adalah berbeza,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tegas Seng Giaw, kempen untuk pilihan raya sudah lama selesai dan pilihan raya juga sudah lebih dua minggu berlalu.

Lantaran itu, mana-mana pemimpin yang dipilih tidak perlu terlalu terbawa-bawa budaya berpolitik kerana sudah menjadi pemerintah.

“Pilihan raya sudah berakhir, sudah dipilih jadi tadbirkan negara ini dengan cekap berdasarkan kedaulatan undang-undang,” tambahnya.

Menurut Seng Giaw, berpolitik sepanjang masa dan mempolitikkan semua isu tidak mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul seperti yang uar-uarkan.

Ini terbukti apabila pasaran saham negara jatuh semalam dan hari ini berikutan kebimbangan yang dicetuskan oleh situasi politik di negara ini.

“Kalau banyak cakap, asyik hendak buat siaran berita seperti sekarang hingga menjejaskan nama dan reputasi negara, maknanya tidak sayang kepada Malaysia. Mereka ini hanya sayang pada diri sendiri sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette
 
Copyright © 2014 PenangKini.