BREAKING NEWS

Sunday, 6 May 2018

DAP Akan Buat Fitnah Saat Akhir, Hati Hati


Seorang ahli seumur hidup DAP hari ini mendakwa parti itu akan menyebarkan risalah dan video propaganda penuh dengan fitnah dalam masa terdekat.
Amran Ahmad yang juga antara orang kanan pasukan publisiti ibu pejabat pusat DAP mendakwa bahan propaganda fitnah itu akan disebarkan di seluruh negara dengan niat untuk mengaib pemimpin negara dan menanam kebencian terutama kalangan pengundi Melayu.
Amran yang juga anak bongsu kepada bekas naib pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor, tampil dalam sidang media khas ini selepas membuat laporan polis di Bukit Aman siang tadi.
Puluhan risalah fitnah dan video yang berselindung di bawah nama Pakatan Harapan itu diserahkan kepada polis. Ini termasuk beberapa maklumat lain yang tidak boleh didedahkan kepada umum.
Dan saya bersedia untuk menerima apa jua tindakan, risiko, dan juga pendakwaan. This thing has to be stopped. Saya mahu kalau boleh mulai hari ini DAP tidak lagi menyebarkan propaganda dan bahan-bahan publisiti yang berunsur fitnah dan jahat.
Amran mendakwa beliau diarahkan Tony Pua selain pemimpin DAP lain termasuk Lim Guan Eng untuk mereka dan membuat risalah serta video fitnah itu berpaksikan beberapa cerita dongeng yang tidak berasas.
Kalau DAP berani, buat 1 video, semua video yang dia orang buat bubuh logo DAP. Tak masalah. Dan berani buat, biasalah, berani tanggunglah. Dan saya salah seorang yang banyak keluar dalam video-video tersebut.
Kalau saudara saudari ke ceramah Pakatan Harapan pada hari ini, banyak video-video saya ditayangkan. Dan saya hanya mempersoalkan dasar-dasar kerajaan. Tapi tidaklah sampai ke tahap nak buat propaganda yang berunsurkan fitnah dan jahat.
Amran turut mempersoalkan perjuangan DAP ketika ini terutama tindakan mengagungkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya dikritik. Hari ini Tun Mahathir diangkat macam hero dalam Pakatan Harapan.
5 tahun dahulu, saya masih terngiang-ngiang di telinga saya Gobind kata perompak nombor 1 Mahathir. Lepas ini kita tangkap dia. 5 tahun lepas itu. Hari ini Mahathir diangkat macam hero. Jadi, nampak tak?
 
Copyright © 2014 PenangKini.