BREAKING NEWS

Friday, 25 May 2018

Delegasi TPM & suami ke Kelantan undang persoalan rakyat




Delegasi TPM dan suami ke Kelantan banyak mengundang persoalan rakyat..kita berharap agar kerajaan telus dalam hal ini..

ADAKAH ANAK2 TPM, NURUL NUHA DAN NURUL IMAN TERMASUK VVIP NEGARA DAN BERAPA KOS YANG DIBAYAR BALIK OLEH MEREKA KERANA MENGGUNAKAN JET RASMI NEGARA?

Pendedahan bahawa anak-anak TPM menaiki jet kerajaan (milik TUDM: Dassault Falcon 900 M37-01) dalam rangka lawatan Timbalan Perdana Menteri bersama suami atas jemputan istana kelantan menimbulkan beberapa soalan berkaitan seperti berikut:

1. Jika jet kerajaan adalah untuk kegunaan VVIP Negara, adakah ini bermakna selain dari suami Timbalan Perdana Menteri, kini anak-anak mereka juga telah diiktiraf sebagai VVIP Negara sehingga mereka boleh menaiki jet kerajaan?

2. Jika mereka bukan VVIP Negara, apakah peraturan kerajaan mengenai penggunaan jet kerajaan? Siapa yang layak dan boleh menaiki? Adakah Ahli Parlimen lain pun boleh menaiki jet itu?

3. Jika mereka bukan VVIP Negara, adakah mereka membayar kos menaiki jet itu? Berapa yang mereka bayar setakat ini setiap kali mereka menaiki jet kerajaan?



Peraturan-peraturan mengenai penggunaan jet kerajaan di negara lain adalah jelas; iaitu ahli keluarga pemimpin kerajaan perlu membayar kos yang sama dengan tiket penerbangan komersil setiap kali menaiki jet peribadi kerajaan. Ini amalan yang digunakan termasuk oleh Michelle Obama sendiri.

Oleh itu, kami ngin menuntut supaya Nurul Iman dan Nurul Nuha membayar kembali kos yang sama dengan tiket penerbangan komersil setiap kali mereka menaiki jet peribadi kerajaan, termasuk yang terbaru ke Kelantan.

-Tentera Troll Kebangsaan Malaysia-

p/s :

- Pada November 2016, artikel Rafizi Ramli mempersoalkan kewajaran anak-anak Najib menaiki jet peribadi kerajaan. Artikel asal tersebut turut dikongsi oleh TPM, DS Wan Azizah <<di sini >>






 
Copyright © 2014 PenangKini.