BREAKING NEWS

Friday, 25 May 2018

Dulu Kata PRU Paling Kotor, Sekarang Bagaimana Pula?




Dulu kata PRU14 adalah yang paling kotor dalam sejarah politik Malaysia, tetapi sekarang mereka yang kata itu sedang menikmati takhta kuasa di Putrajaya. Selongkar balik berita pada Mac 2018, Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad tuduh dan fitnah bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Mahathir yang kini adalah Perdana Menteri pernah sebut bahawa Najib sedang siapkan taktik untuk pastikan BN menang dalam PRU14 dengan apa jua cara sekali pun. Kenyataan ini disebut Mahathir pada 13 Mac 2018 di Parlimen.

Malah 4 bulan sebelum itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut sebut perkara sama ketika berucap di Kongres Khas DAP 2017.

Kata Guan Eng yang kini merupakan Menteri Kewangan, PRU14 akan menjadi “ibu kepada semua PRU” dan dijangka menjadi pilihan raya paling kotor pernah diadakan.

Bukan itu saja, Pakatan Harapan juga anggap SPR sedang membantu BN untuk menang dalam PRU14 melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan beberapa hari sebelum tarikh Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun, semua dakyah, tohmah dan fitnah itu sudah tidak kedengaran lagi selepas fajar 10 Mei 2018 muncul di negara ini. Mereka yang sebelum ini ‘melalak’ tentang PRU14 paling kotor dilihat sedang ‘meratah dan menjilat’ nikmat kuasa di Putrajaya.

Tiada seorang pun daripada mereka yang berminat untuk bangun terus membawa isu berkenaan. Adakah sekarang SPR sudah telus? Adakah PRU14 tidak lagi sekotor dan sejijik seperti yang mereka gebang sejak 2017?

Dimana perginya kenyataan Mahathir? Muhyiddin Yassin? Guan Eng? Azmin Ali? Tony Pua? Nurul Izzah Anwar? Bukankah mereka-mereka ini amat lantang dan bermatian memberitahu kita bahawa PRU14 paling kotor dalam sejarah negara?

Jika mereka ini pemimpin rakyat yang ada integriti dan bertanggungjawab, ayuh tampillah pada hari ini untuk mendakwa kembali apa yang telah mereka katakan sebelum PRU14 yang lalu.

Takkanlah semua perkara sudah menjadi suci dan tidak berdosa lagi apabila kuasa sudah ditangan Pakatan Harapan?

Sampai bila pemimpin Pakatan Harapan mahu memperbodohkan rakyat di Malaysia? Cukuplah! Kiamat sudah semakin dekat. Kelak segala kerja-kerja jahat dan aib pemimpin Pakatan Harapan akan terlondeh sehelai demi sehelai untuk dipertontonkan kepada khalayak umum.

Doa anak anak penjawat awam akan dimakbulkan Allah. Ribuan orang Melayu dibuang dengan cara paling kotor sekali dalam sejarah. Hujung minggu ini bagaimana mereka hendak beli baju raya, tiada lagi kemeriahan hari raya buat anak anak kecil itu.

Ini semua salah siapa? Siapa yang menzalimi anak anak ini? Siapa tutup periuk nasi mereka? Siapa yang tiba tiba tabur pasir dalam periuk mereka? Jawablah....

Tulisan :
Rakyat Yang Bersih & Tidak Kotor
 
Copyright © 2014 PenangKini.