BREAKING NEWS

Thursday, 24 May 2018

Finland bukan contoh terbaik dan jangan ulangi kesalahan PPSMI

Menteri Pelajaran / Pendidikan berhasrah utk jadikan BI sebagai fokus, dan kedengaran menyebut Finland sebagai inspirasi. Ini pandangan peribadi saya secara ringkas dahulu...

1. Berikan fokus BI bermula pada Tahap 1 dgn komunikasi. Sukarnya BI bermula kerana murid tidak boleh berkomunikasi walaupun dgn bahasa yang asas.

2. Dalam masyarakat monolingualism (guna satu bahasa utk berkomunikasi dalam kebanyakkan masa) spt Msia, jika boleh bermula dgn ‘broken English' pun satu permulaan yang baik, kerana membina keyakinan satu keutamaan bagi permulaan mengusai satu bahasa 'baru'.

3. Grammar, tenses dll tu dimasukkan secara indirect, bukan dipelajari secara direct.

4. Ini untuk mendekatkan anak2 dgn bahasa kedua mereka (atau ke tiga) secara gradual terutama diluar bandar atau kawasan yang bukan elit.

5. Saya percaya, Finland bukan negara terbaik untuk dicontohi kerana kesedaran masyarakat dan anak2 sendiri yang sngt tinggi disana untuk mengusai BI , sama spt Denmark dan maybe Spore misalnya.

Ketika saya berkunjung ke Denmark, mereka menyatakan BI suatu keperluan kerana tiada bangsa lain yang guna bahasa mereka sedang mereka adalah negara kecil di Europe. Mereka juga menguasai bahasa German dan France selain BI. Denmark negara paling menguasai BI di Eropah dan Finland ke4. Kelas di sana kecil... guru ada autonomi... subjek mereka tak banyak... berbeza dgn Msia. Hal yang sama wujud di Finland dan Jepun.. malah generasi muda Jepun dah mula menguasai BI melalui sistem pendidikan mereka ! Saya dah 3 kali ke Jepun dan cuba memahami situasi disana melalui rakan2 Msia saya di sana terutama Dr Ibrahim Abd Aziz yang kesemua anaknya membesar di Tokyo.

6. Jadi mengambil Finland maybe satu yang kurang tepat…. Lebih baik mengambil pengajaran dari kesilapan sendiri yang lalu.

7. Bahasa adalah sesuatu yang anak2 kita ‘pick-up’ dengan berinteraksi bukan dengan membaca buku, termasuk buku mahal yang diimport. Selama inipun belajar BI sampai 12 tahun, tapi hasilnya sangat tidak memberi kesan. Malah ramai yang dah graduated pun masih tak yakin untuk berbahasa Inggeris.

8. Membina keyakinan utk anak2 mula menggunakan BI satu tugas berat, maka environment mesti menyokong situasi ini, jika tidak, lupakan sahaja tujuan tersebut. Lupakan saja.

Konsep CAPSULE:
Dengan itu saya mencadangkan konsep capsule dari pemerhatian saya bila berkunjung keserata dunia... konsep CAPSULE ini adalah secara ringkas...

a. Bahasa pengantar (medium of instruction) Tahap 1 serta bahasa berkomunikasi guru2 diluar kelas mestilah dalam BI seboleh yang mungkin (termasuk semasa assembly dan koko) kecuali subjek BM, agama. Kakak saya yang ambil MCE tahun 1979 dulu tidak terjejas sedikitpun BM nya, jawinya, agamanya dan kecintaan kepada negara sedang penguasaan BI nya kekal sehingga hari ini wpun jadi surirumah sepenuh masa selepas berkahwin ... sedangkan dia hanya bersekolah di kampung sahaja !

b. Tujuan a. diatas supaya anak2 Tahap 1 yang datang kesekolah spt memasuki satu capsule baru yang semuanya menggunakan BI

c. Tentulah sukar bukan? Memang sukar, sebab anak2 perlu catch-up BI dalam kelas, dalam subjek lain, serta ketika berinteraksi diluar kelas didalam sekolah.

d. Konsep yang sama berlaku bila anak2 yang ‘buta BI’ belajar di luar negara tanpa mengira usia (ikut parent sambung belajar) dan dalam tempuh 3 bulan sahaja mereka dah boleh mendapat confident dan mula bercakap dalam BI, wpun di Msia ada yang lansung tak tahu apa-apa. Dalam tempuh 6 bulan… mereka mula menggunakan BI dalam berbualan harian. Selepas itu grammar dan tenses bukan lagi satu isu besar bagi anak-anak ini.

e. Maka, perubahan ini melibatkan orientasi dan latihan bagi guru dan persekitaran baru sekolah. Kalau kita tidak sanggup lakukan, semuanya akan berbalik kepada keadaan asal. Lupakan jer lah hasrat nak fokus kepada BI.

g. Kita akan mengulangi kesalahan yang SAMA spt PPSMI dulu, kerana BI ingin dikuasai dari subjek sains dan maths, sedang ia bukan cara yang betul.

f. Jangan bimbang, BM terus berjalan, anak-anak pun bercakap diluar sekolah dalam BM, TV pun bahasa Melayu dll sumber dalam BM. Jgn takut, anak kita tidak akan gagap berbahasa Melayu, sedang pujangga2 Melayu dahulupun ada yang fasih berbahasa Inggeris.

g. Brunei telah pun mengorak langkah yang serupa dan anak2 Brunei jauh lebih baik BI nya berbanding Msia, sedang mereka boleh sahaja terus berbual dalam bahasa Brunei kerana manusia ada kelebihan utk menguasai sehingga 7 bahasa dgn fasih. Malah Brunei mungkin lebih baik dijadikan contoh berbanding Finland kerana di sana anak2 juga belajar agama dan sejarah spt di Msia. Jgn bimbang anak2 yang kuasa BI tidak akan ketinggalan BM atau Bahasa Arab jika diberikan pendedahan yang sama.

Percayalah... jika ini berjaya, sekolah 'kerajaan' akan mula jadi pilihan dan mengundang anak2 orang 'hebat' juga mula belajar bersama anak2 lain. Siapa tak mahu anak2 mereka boleh mula bertutur dalam BI. Dan percayalah, bila BI dikuasai, keyakinan anak2 akan tinggi, menguasai sains dan mathematik bukan lagi suatu yang ngeri, Bila kelompok ini berada diluar negara, mereka tidaklah terperok bergaul semasa sendiri sahaja. Selama ini.. anak2 MELAYU misalnya, kecut perut kerana mendengar anak2 bangsa lain 'speaking' .. lalu menyukarkan pergaulan sedang apa yang dibualkan hanyalah perkara asas sahaja. Ini juga menyekat banyak tawaran kerja professional, kerana kekurangan penguasaan BI.

BM terus maju dgn aktiviti2 yang dianjurkan. Malah menguasai BI menjadikan BM bukan lagi satu yang take thing for granted. Ramai remaja yang buta BI dan hanya menguasai BM tetapi dalam masa yang sama buta jati diri. Mereka yang dapat menguasai 2 bahasa ini... bila maju dalam akademik, maka mudah dibentuk sahsiahnya, jati dirinya dan aspek2 soft skill malah KBAT dan KAK21 juga. Kalau nak anak boleh mula berkomunikasi dalam bahasa Arab.. usahakan CAPSULE arab di sekolah agama atau kelas petang mereka.

Wbagaimanapun, jangan terburu-buru. Ini persoalan besar melibatkan ribuan murid, guru dan pelbagai pihak. Bermulalah dari bawah supaya tidak tersembam untuk kesekian kalinya.

Salam Ramadhan buat YB Dr Maszlee Malik dan semua warga KPM.

OT - foto di Copenhagen.. Denmark

kredit : Othman Talib
 
Copyright © 2014 PenangKini.