BREAKING NEWS

Wednesday, 2 May 2018

Guan Eng, jangan malukan orang Pulau Pinang - Datuk Huan Cheng Guan


BUTERWORTH 2 Mei - Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak terus memalukan penduduk negeri ini sekiranya ber-cita-cita untuk kekal menjadi Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Guan Eng perlu sedar diri beliau bukan berasal dari Pulau Pinang dan terdapat pemimpin DAP negeri ini yang jauh lebih layak berbandingnya seperti Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow.


Malah, ujar beliau, Guan Eng juga sepatutnya berasa malu untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selepas beliau dan isterinya, Betty Chew ditolak ahli-ahli DAP Melaka apabila kalah dalam pemilihan parti itu di negeri tersebut pada 2005.

“Jadi kenapa penduduk Pulau Pinang perlu mendapat pemimpin seperti ini (bukan anak tempatan dan kalah pem-ilihan DAP Melaka)?

“Sedangkan masih ramai lagi pemimpin DAP anak tempatan yang lebih layak dan berkualiti berbanding beliau yang boleh diberi kepercayaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Cheng Guan yang juga calon Parlimen Bagan pada PRU-14 turut menggesa penduduk Pulau Pinang menilai kegagalan Guan Eng sepanjang dua penggal mentadbir negeri ini.

Katanya, tidak ada kejayaan atau pembangunan baharu dibawa sebaliknya penduduk terpaksa berdepan pelbagai masalah seperti bencana banjir yang semakin buruk dan kawasan bukit yang semakin gondol.

“Ekonomi negeri juga semakin merosot apabila banyak pelabur asing cabut lari dan kilang antarabangsa juga di-tutup menyebabkan penduduk tempatan tiada peluang pekerjaan.

“Jadi, adakah penduduk negeri ini masih perlu berharap dan meletakkan masa depan mereka kepada Ketua Men-teri seperti ini?” katanya. - UTUSAN ONLINE









 
Copyright © 2014 PenangKini.