BREAKING NEWS

Thursday, 3 May 2018

Jenazah pelajar Malaysia selamat dikebumikan* ⁣


By: Hadzlihady
BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾

BUKIT MERTAJAM: Jenazah penuntut Malaysia yang maut dalam kemalangan di Pekanbaru, Riau, Indonesia, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Latif, Permatang Pasir, di sini, hari ini.

Jenazah Ameer Hakimi Azman, 20, dikebumikan pada 12.40 tengah malam dengan dihadiri kira-kira 150 ahli keluarga, sahabat dan penduduk kampung.
Terdahulu, jenazahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) jam 10 malam sebelum tiba di rumah di Kampung Permatang Rambai kira-kira sejam selepas itu.

Arwah yang juga anak kedua daripada enam beradik itu adalah penuntut Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim Pekanbaru, Riau, Sumatera dalam jurusan dakwah dan kaunseling Islam.

Dalam kejadian 3.30 petang waktu tempatan, Ahad lalu, Ameer Hakimi bersama rakannya, Mohd Shaiful Bukhari Ammat , 25, maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terlanggar lori yang berhenti di tengah jalan.

Ameer Hakimi dan rakannya itu mengalami kecederaan dalaman dan dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada 5.35 petang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.