BREAKING NEWS

Tuesday, 8 May 2018

Lebih 100 ahli DAP Pulau Pinang keluar parti

NIBONG TEBAL 8 Mei - Lebih 100 ahli DAP dari beberapa cawangan negeri ini hari ini bertindak keluar parti selepas mendakwa tidak lagi sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti itu yang sanggup menggadaikan logo parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jurucakapnya, G. Vijay berkata, ahli-ahli tegar DAP tidak boleh menerima logo PKR yang akan digunakan pada PRU-14 serta berasa tertipu dengan parti itu yang didakwa memingirkan kaum India.


Menurutnya, tindakan pimpinan DAP berbaik-baik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak boleh diterima kerana selama 22 tahun memimpin negara, kaum India telah dipinggirkan.

“Kali ini kami nekad untuk keluar dari DAP dan akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami berharap ahli DAP yang lain menolak parti itu pada PRU-14 dan memberi skongan kepada BN yang mampu membela nasib kaum India serta mendengar suara hati mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, Dr. Mahathir juga mendiskriminasi orang India dengan tidak menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi serta lebih banyak membuka ruang kerja kepada warga asing terutama dari Bangladesh.

Jelas Vijay, perkara itu berbeza dengan Najib yang prihatin dengan orang India serta mengeluarkan peruntukan khas untuk pembangunan sosio ekonomi orang India di negara ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lebih-100-ahli-dap-p-pinang-keluar-parti-1.668555#ixzz5EtfQz200
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Copyright © 2014 PenangKini.