BREAKING NEWS

Friday, 4 May 2018

Lebih 100 berdemo bantah DAP isu janji hapuskan tol Sungai Nyior


Lebih 100 orang mengadakan demonstrasi membantah Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mereka memungkiri janji untuk menghapuskan tol Lebuhraya Sungai Nyior di sini.

Diketuai Timbalan Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, kumpulan berkenaan yang turut disertai ahli Penang Front Party (PFP) dan Pas turut membawa pelbagai sepanduk mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Menurut Cheng Guan, Guan Eng sepatutnya tidak membuat janji kepada rakyat untuk menghapuskan tol itu sekiranya tahu perkara berkenaan bukan berada di bawah bidang kuasanya.

“Adakah beliau mahu memperbodohkan rakyat negeri ini dengan membuat tawaran yang tidak mampu di-tunaikan?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan, Mohd. Yusof Ghazali dan Presiden PFP, Datuk Patrick Ooi. - UTUSAN ONLINE

















 
Copyright © 2014 PenangKini.