BREAKING NEWS

Tuesday, 22 May 2018

Menghapuskan GST tidak akan mengurangkan kos sara hidup dengan signifikan menurut IDEAS




Sudah di alng banyak kali, tanpa GST pun harga barang tidak akan turun.

Pertama kerana harga barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran (demand and supply) di dalam pasaran.

Kedua kerana kebanyakan barang dan perkhidmatan yang dibeli dan digunakan oleh kumpulan B40 memang sudah sedia dikenakan GST pada kadar sifar.

Harga ikan kembung yang sering dipolitikkan Pakatan Harapan tak akan turun selepas 1 Jun 2018 kerana sebelum ini pun ikan kembung tidak dikenakan GST.

Harga ikan kembung hanya akan turun bila penawaran oleh peniaga cukup atau lebih daripada permintaan pengguna.

Jika bekalan terganggu akibat cuaca tidak baik yang akan menyebabkan nelayan tidak boleh turun ke laut, harga akan meningkat.

Ini semua tidak ada kena mengena dengan GST.

Begitu juga dengan semua makanan asas seperti beras, roti, tepung, buah, sayuran semuanya tidak dikenakan GST dan harga barang-barang ini tidak akan turun selepas 1 Jun.

Mereka yang betul-betul untung apabila GST dihapuskan adalah pembeli barangan mewah contohnya seperti kereta import.

Jadi untuk mereka yang berfantasi harga barang dan perkhidmatan akan turun selepas GST dikadarsifarkan bolehlah terus berfantasi.

Almaklumlah, lepas tukar kerajaan baru, RM50 sekarang boleh penuh satu troli.

Rujukan:

1. Think tank: Scrapping GST may not significantly cut living costs - Free Malaysia Today: http://www.freemalaysiatoday.com/…/think-tank-scrapping-gs…/

2. GST Zero-Rated: BMW prices reduced by up to RM70k - Paul Tan: https://paultan.org/…/gst-zero-rated-bmw-prices-reduced-by…/
 
Copyright © 2014 PenangKini.