BREAKING NEWS

Thursday, 24 May 2018

Menteri Kewangan yang leka dengan politik mengakibatkan tahun ni KLSE punya gain wipe out dalam masa seminggu sahaja .


2 silap besar yang Menteri Kewangan buat ;

1 - Buat official press statement pasal hutang negara ( yang tidak tepat ) tanpa memberitahu plan macam mana nak menyelesaikannya . Pelabur tidak suka ketidaktentuan .

2 - Hapuskan GST dimasa yang dia sedar cukai baru hanya boleh diperkenalkan dalam 2-3 bulan ( apabila sidang parlimen diadakan ) . Keadaan ni mewujudkan ketidaktentuan didalam fiscal policy .

Berkenaan yang pertama , bila mana statement itu dikeluarkan tanpa ada plan untuk menyelesaikannya dan ditambah pula dengan kenyataan yang Kerajaan tidak kisah jika berlaku downgrade dalam rating mengakibatkan pelabur risau tentang risiko melabur . Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab . Statement tidak tepat berkaitan dengan hutang juga mengakibat pelabur ragu dengan jumlah sebenar hutang negara . Ini kerana jika jumlah hutang terlalu tinggi , kerajaan mungkin akan mengubah dasar kewangan negara . Keyword dia mungkin , situasi ketidaktentuan ini mengakibatkan pelabur menarik keluar pelaburan .

Berkenaan yang kedua bila GST dihapuskan dan cukai baru lambat diperkenalkan ianya akan memberi tekanan kepada perbelanjaan negara . Perbelanjaan untuk pembangunan mungkin akan ditangguhkan . Langkah kerajaan memberhentikan pekerja dan menutup sebilangan agensi kerajaan ditutup juga memberi gambaran mungkin kerajaan akan mengambil langkah penjimatan ( austerity measure ) . Langkah ini tidak disukai oleh pelabur .

Kekeliruan juga timbul bila Kerajaan menghapuskan cukai GST dan menggantikannya dengan SST tetapi pada masa yang sama mengambil langkah penjimatan . Consumption akan berkurangan bila langkah penjimatan diambil . Ini mengakibatkan kutipan cukai akan berkurang seterusnya menambahkan lagi tekanan kepada perbelanjaan negara .


Apabila dasar ekonomi masih lagi menjadi tanda tanya , pelabur akan mengambil langkah menyelamatkan modal dengan membawa keluar modal dari dalam pasaran . Itu yang terjadi sekarang .

Langkah yang sepatutnya diambil ialah ; Menteri kutip semua data yang ada , berbincang didalam mesyuarat kabinet , ambil kata putus apa yang sepatutnya dibuat . Apabila dah ada semua tu barulah pengumuman tentang masalah yang dihadapi dan plan bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu . Sebelum semua itu dibuat , kekalkan sahaja dasar sedia ada dan jangan keluarkan statement mengarut . Kerajaan ada 100hari untuk melaksanakan apa yang dijanjikan tu , kenapa tergopoh gapah ?

“ Austerity will destroy a country if it’s given for the wrong patient and at the wrong time .“

Anyway , Menteri dah keluarkan statement detail tentang hutang negara . Menteri mengesahkan bahawa hutang rasmi kerajaan ialah RM6++billion . Amount RM1trillion itu timbul apabila ditambah dengan jumlah govt guaranteed loan dan PPP debt . Sebenarnya tepuk dahi jugak sebab dua benda tambahan tu pembayaran tidak dibuat oleh kerajaan . Untuk Govt guaranteed loan dan PPP peminjam ada revenue sendiri jadi dia boleh bayar sendiri . Kenapa hendak dimasukkan sekali ? Kira sekali sebab nnt nak bail out ke ?

Najib Saahari
 
Copyright © 2014 PenangKini.