BREAKING NEWS

Sunday, 6 May 2018

Penduduk Air Putih tercari-cari mana Guan Eng?

PULAU PINANG 6 Mei – Penduduk Air Putih iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Lim Guan Eng selama dua penggal sejak 2008 mendakwa sukar melihat kelibat Ketua Menteri berkenaan turun padang meninjau masalah mereka.

Malah, mereka turut mendakwa meskipun lebih seminggu kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun Guan Eng lebih banyak dilihat di negeri-negeri lain berbanding bertemu penduduk di sini.


Menurut calon Parti Cinta Malaysia (PCM) bagi kerusi DUN Air Putih, R. Manikandan, 40, perkara itu sering dibang-kitkan penduduk kepadanya ketika turun berkempen di kawasan tersebut yang berasa seolah-olah tidak di-pedulikan wakil rakyat sendiri.

Malah, jelasnya, beliau sendiri sebagai penduduk tempatan di kawasan itu dapat melihat bagaimana kawasan Air Putih tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Masalah banjir semakin buruk di sini, begitu juga dengan kesesakan lalu-lintas kerana tidak ada perancangan ba-haru di bawa kerajaan negeri sedangkan kawasan ini merupakan pintu masuk kepada lokasi pelancongan utama di negeri ini.

“Ini adalah sesuatu yang menyedihkan kerana penduduk langsung tidak mendapat kelebihan sedangkan wakil rakyat mereka selama dua penggal ialah Ketua Menteri sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.