BREAKING NEWS

Thursday, 3 May 2018

#PRU14 BN Permatang Pauh Lancar Manifesto

 

Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh malam tadi melancarkan 14 Aku Janji yang akan dilaksanakan sekiranya BN berjaya mendapat mandat sebagai wakil rakyat di Parlimen itu.

Manifesto yang diumumkan Calon BN Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said itu memberi fokus kepada beberapa perkara termasuk pembangunan fizikal dan pendidikan.


Antaranya, memastikan Sekolah Agama Asrama Penuh Permatang Pauh dibina seperti mana yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan membina kelas digital Abad Ke 21 di semua bilik darjah Sekolah Parlimen Permatang Pauh.

Turut hadir Calon BN Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin, Calon Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya dan Calon Penanti, Suhaimi Sabudin serta pengerusi dan ketua ketua bahagian parti komponen Barisan Nasional Permatang Pauh.








 
Copyright © 2014 PenangKini.