BREAKING NEWS

Tuesday, 8 May 2018

#PRU14 GERAKAN Pulau Pinang harap penerimaan positif masyarakat Cina diterjemah ke kertas undi

PULAU PINANG 8 Mei - Pengerusi Gerakan negeri, Teng Chang Yeow berharap masyarakat Cina dapat menterjemah penerimaan positif mereka sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ke kertas undi.

Menurut Chang Yeow yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bunga, beliau dapat melihat gelombang penerimaan yang lebih baik daripada masyarakat Cina terhadap calon BN kali ini berbanding dua pilihan raya umum lalu.


Katanya, perkara itu juga ada kaitan dengan rasa kecewa dan putus asa penduduk terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam beberapa isu terutama masalah banjir dan kerosakan alam sekitar.

“Selain itu, mesej yang kita cuba sampaikan sepanjang berkempen iaitu pentingnya untuk masyarakat Cina mempunyai wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai faktor 'check and balance’ (semak dan imbang) juga berjaya membuka mata pengundi.

“Apatah lagi melihat kepada keangkuhan dan sikap bongkak pemimpin DAP yang seolah-olah mahu berkuasa penuh yang mana diketahui penduduk bukan sesuatu yang baik untuk negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/gerakan-p-pinang-harap-penerimaan-positif-masyarakat-cina-diterjemah-ke-kertas-undi-1.668593#ixzz5EtkSpZ1w
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Copyright © 2014 PenangKini.