BREAKING NEWS

Sunday, 6 May 2018

SPR Bawa Lari peti Undi ?

Satu video yang tular di media sosial hari ini yang memaparkan seorang petugas pilihan raya yang ditahan oleh pihak tertentu kerana disyaki membawa keluar kertas undi yang kononya berlaku semalam.

PENJELASAN
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR)  dalam satu kenyataan hari ini  berkata, hasil semakan pihaknya mendapati rakaman video tersebut merupakan kejadian yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan video berkenaan juga pernah tular pada tahun yang sama.

“Video tersebut juga pernah disiar dan disebar menerusi laman media sosial Youtube dan beberapa laman facebook pada 4 hingga 7 Mei 2013 dan kini video berkenaan ditularkan kembali bagi membangkitkan suasana gempar dikalangan rakyat.

“SPR berharap orang ramai tidak terus mempercayai sebarang mesej atau visual yang tersebar di media sosial atau turut menyebarkannya secara perkongsian di laman media sosial,”

Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti tidak benar 2018.


 
Copyright © 2014 PenangKini.