BREAKING NEWS

Tuesday, 22 May 2018

Sultan Johor Berkenan Namakan Semut Sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii

1. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menamakan semut spesies baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

2. Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM, Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies itu dikutip pada Mei tahun lepas daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang dekat Labis.

3. "Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi."

4. "Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu.'

5. Sultan Ibrahim selaku Canselor UTHM telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu.

6. "Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini."
 
Copyright © 2014 PenangKini.