BREAKING NEWS

Thursday, 24 May 2018

Warga emas maut digilis

BAGAN - Seorang warga emas maut digilis sebuah treler dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Luar, di sini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Lee Sen Chin, 93, ketika kejadian menaiki basikal.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy berkata, treler terbabit dari arah Seberang Jaya menghala ke terminal kontena.

“Treler terbabit bergesel dengan basikal yang ditunggang mangsa yang berada di sebelah kirinya.

“Mangsa jatuh lalu tergilis di bahagian badan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 
Copyright © 2014 PenangKini.