BREAKING NEWS

Saturday, 16 June 2018

Harga barang keperluan asas Hari Raya tahun ini lebih murah, kata menteri

Harga barangan keperluan asas untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh 30% hingga 50% berbanding tahun lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.
Beliau berkata walaupun peratusannya tidak besar, namun ia menjadi bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat membantu membina kehidupan lebih baik rakyat negara ini yang dibelenggu harga barangan keperluan yang tinggi sebelum ini. 
"Saya rasa walaupun tidak besar lagi tapi harga ayam dulu tahun lepas RM7 lebih sekarang boleh dibeli dengan RM5 lebih atau RM6 lebih. 
"Harga sayur ada yang turun sampai 50% di pasaran. Harga daging lembu mampu milik boleh dibeli dalam RM30 lebih (sekilo) tapi harga daging batang pinang memang tinggi tapi harga lain barang keperluan semasa turun 30% hingga 50%," katanya ketika ditemui di rumah terbuka Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana semalam. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.