BREAKING NEWS

Thursday, 7 June 2018

Harga Petrol RON97 Naik RM 0.19, RON95 dan Diesel Kekal,

PUTRAJAYA - Kerajaan telah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga RON97 pula mula diapungkan pada harga RM2.66 seliter mulai hari ini sehingga 13 Jun depan dan diselaraskan setiap minggu.

"Berdasarkan kepada purata harga minyak mentah dunia yang kini telah mencecah AS76 (RM302) setong dan harga produk petrol serta diesel yang ditapis antara AS87 (RM345.80) hingga AS88 (RM349.77) setong, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.

"Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), harga RON95 dan diesel akan meningkat kepada masing-masing RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.
 
Copyright © 2014 PenangKini.