BREAKING NEWS

Thursday, 19 July 2018

GST lebih telus berbanding SST – Guan Eng



KUALA LUMPUR 19 Julai – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST). 

 Guan Eng juga berkata, pelaksanaan SST yang dijangka bermula 1 September ini akan memberi impak terhadap harga barangan. 

 “Kita tidak menafikan, kalau sebut yang mana lebih telus tentunya GST lebih telus tetapi apabila sebut GST lebih telus maknanya GST itu boleh kutip cukai dengan luas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.

 “Sedangkan SST sungguhpun tidak setelus dan efisien seperti GST namun kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir yang kita beri tumpuan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.