BREAKING NEWS

Monday, 1 October 2018

Calon PT3 Maut Terjun Tingkat 11

Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas terjun tingkat 11 rumahnya di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian yang hanya disedari kira-kira 8 pagi itu, mangsa ditemui meninggal dunia berhampiran kolam renang oleh pekerja pembersihan di kawasan kediaman terbabit.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati mangsa merajuk dengan ibunya dan meninggalkan nota mahu membunuh diri.

“Bagaimanapun, ibu mangsa menganggap nota bunuh diri yang ditinggalkan anaknya itu hanyalah gurauan dan tidak mempedulikannya.

“Dia bagaimanapun terkejut apabila anaknya itu benar-benar membunuh diri dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit,” katanya.

Difahamkan, mangsa sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/382116/calon-pt3-maut-terjun-tingkat-11

 
Copyright © 2014 PenangKini.