BREAKING NEWS

Tuesday, 2 October 2018

Mangsa kotak fius elektrik meletup meninggal dunia



BAYAN LEPAS - Setelah 10 hari dirawat, pekerja sub kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, jam 317 petang semalam.

Mohd Zulfaiz Abdul Wahab, 27, tahun dari Kuala Nerang, Kedah dan mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan malam semalam.

“Bedah siasat dibuat pada jam 6.10 petang tadi dan berdasarkan laporan mangsa meninggal dunia kerana melecur sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada organ dalaman.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Pada 21 September lalu, Sinar Harian Online malaporkan mangsa melecur kedua-dua belah tangan, muka, badan dan kedua-dua pahanya selepas kotak fius elektrik di Pangsapuri Kejora, di sini meletup.

Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa sedang memeriksa kekuatan pengagihan bekalan tenaga elektrik di kawasan sekitar.-Sinar Harian
 
Copyright © 2014 PenangKini.