BREAKING NEWS

Monday, 29 October 2018

Mayat pertama ditemu


MAYAT seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Kompas TV melaporkan, mayat terbabit ditemui oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), polis serta Tentera Nasional Indonesia (TNI).

“Berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang mangsa ditemui,” kata Adi Wahadi yang bersama pasukan Polis Air Indonesia (POLAIR) ke lokasi.

Menurutnya, mayat sudah diambil dan dalam proses untuk dikenal pasti identiti mangsa.

Pada masa sama, mereka turut menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik mangsa seperti beg tangan.

Serpihan terbabit kemudiannya diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Oktober 2018 @ 3:08 PM
 
Copyright © 2014 PenangKini.